Tuesday 12 June 2012

DIDIK ANAK SOLEH GUNA TEKNIK RASULULLAH

Teknik ini dikongsi oleh seorang ustazah, namanya Siti Khadijah (USK). Prof Muhaya yang berkongsi dengan pendengar radio IKIM.fm. Tanpa berlengah laman USK dilayari dan terus jatuh hati. Pastinya dengan tekad, teknik2 ini perlu diamati dan dihayati yang pastinya sesuai dipraktikkan untuk mendidik anak2 soleh (A2S) di rumah. Rasulullah ikutan terbaik dan terkenal dengan akhlak mulia. Bilamana generasi mulia ingin dipupuk pastinya teknik Rasulullah adalah yang terbaik. 

IKTIBAR TEKNIK 1
Aplikasi Teknik Menyelesaikan Pergaduhan berdasarkan Hadith Menjaga Perpaduan dalam Barisan Kepimpinan
 
Antara petikan dari Laman USK

Abdullah bin Abi Aufa melaporkan bahawa Abdul Rahman bin Auf pernah mengadu kepada Nabi Muhammad tentang Khalid al-Walid. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada Khalid, "Wahai Khalid, janganlah saudara menyakiti lelaki yang menjadi anggota tentera Perang Badar. Andai kata saudara bersedekah dengan emas sebesar Gunung Uhud, tentu saudara masih tidak dapat menyaingi amalannya." Khalid al-Walid pun berkata, "Wahai Rasul Allah, mereka menuduh saya, sedangkan yang dimaksudkan adalah mereka." Nabi Muhammad berkata, "Janganlah menyakiti Khalid, sesungguhnya dia adalah pedang daripada pedang-pedang Allah 'azza wa jalla. Allah menghantarkan dia bagi memerangi orang-orang kafir." - Hadith ini direkodkan dalam koleksi hadith-hadith autentik Ibn Hibban. ~Kredit Blog Tim Hadith Psikologi


Dalam hadith ini, Nabi Muhammad menggunakan beberapa strategi bagi menyelesaikan pergaduhan yang berlaku di antara Abdul Rahman bin Auf dan Khalid al-Walid. Strategi tersebut ialah;
  1. Mengalihkan pandangan kedua-dua pihak yang bermusuhan itu daripada melihat kelemahan dan kesalahan musuhnya kepada melihat kehebatan dan kemuliaan musuh.
  2. Menukar perasaan sakit hati dan benci terhadap musuhnya kepada perasaan menghormati, memuliakan dan mengagumi musuhnya.
  3. Memperkenalkan peraturan interaksi sosial yang dikenakan ke atas kedua-dua belah pihak.


Tindakan USK:
"Namun tidak pula saya bertanya apakah yang sebenarnya berlaku kerana mengikut Teknik Nabi Muhammad yang tidak menyiasat kesalahan."

"Pergaduhan dapat selesai tanpa saya perlu menyiasat punca mereka bergaduh, menegur, mengkritik atau memarahi perbuatan mereka yang bergaduh dan menghukum mana-mana pelajar atas kesalahan bergaduh."

"Sebaliknya saya menerangkan kebaikan masing-masing. Teknik yang saya gunakan adalah menggantikan perasaan sakit hati kepada perasaan suka dan puas hati hasil menerima pujian daripada orang besar (vip) iaitu ustazah mereka."

Insya Allah akan dikongsi cerita selepas dipraktikkan :)
  
Ibu A2S
13.06.12

No comments:

Post a Comment