Wednesday 22 April 2015

Perbezaan: Sujud Sahwi, Sujud Tilawah dan Sujud Syukur



Sujud Sahwi 

Sujud Sahwi adalah sujud karena lupa, maksudnya : sujud dua kali karena terlupa salah satu rukun shalat, baik kelebihan maupun kekurangan dalam melaksanakannya.

Semakan lanjut [1], [2]



Sujud Tilawah (Sajadah)

Dilaksanakan apabila membaca atau mendengar ayat-ayat sajadah.

Ayat-ayat sajadah [semak]



Sujud Syukur

Syarat sujud syukur [semak]



Thursday 19 February 2015

Kasih Ibu #11

Anaksoleh,
Biar kita jauh. 
Namun kalian sentiasa diingati. 
Moga kalian kuat dan tabah.

Anaksoleh,
Kejayaan di dunia tidak diukur dengan kaya harta. 
Sebaliknya kaya iman.


Wednesday 4 February 2015

Bertabahlah hati.

Bertabahlah hati
Kuatlah diri
Kamu diuji 

Kerana dirimu disayangiNya
Kamu dipilih 

Kerana dirimu mampu menghadapinya.
Ya Allah besar sungguh ujianmu

Namun,
Engkau Maha Besar
Engkau Maha Mengetahui
Kami  berserah
Kami berusaha untuk segera redha.

Feb 15, 04
Che Dah  

Pesanan buat Angah

Assalamualaikum Angah,

Dunia ini sungguh kejam. Sukar untuk kita bezakan kawan dan lawan.

Angah sudah besar. Angah sudah boleh berdikari. Jika itu pilihan Angah teruskanlah. Angah pasti tahu yang terbaik untuk diri.

Sekadar ingatan di mana pun jua Angah berada
1. Ingatlah Allah.
2. Jaga solat
3. Mengaji Quran hari-hari.

Sebaik-baik pelindung adalah Allah.
Sebaik-baik pencegah maksiat dan dosa adalah solat.
Sebaik-baik petunjuk adalah Al-Quran

Moga Angah selamat di mana jua berada.

Wednesday 28 January 2015

16 Sayur-sayuran Mencegah Kanser

Kanser bukan sesuatu yang luar biasa. Penyakit ini digeruni, menyerang tanpa mengira umur - tua atau muda. Saban hari pasti ada yang dikenalpasti mengidap kanser. Lebih membimbangkan secara senyap kanser mencecah tahap kritikal- tahap 4.

Ada baiknya pepatah "Mencegah lebih baik daripada mengubati." Tidak rugi mencuba cara semulajadi, tiada kesan sampingan.

Senarai adalah 16 sayur-sayuran yang dapat membantu mencegah kanser.

01: 98.7% - ubi keledek kukus
02: 94.4% - ubi keledek mentah
03: 93.9% - asparagus
04: 82.8% - kubis bunga
05: 91.4% - kubis
06: 90.8% - brokoli
07: 83.7% - daun saderi
08: 74.0% - kulit terung
09: 55.5% - lada benggala
10: 46.5% - lobak merah
11: 37.6% - bunga lily kering
12: 35.4% - kubis cina
13: 34.7% - kailan
14: 32.9% - sawi
15: 29.8% - mizuna/sawi Jepun
16: 23.8% - tomato

Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.

Kita bijak - kita fikir, kita pilih.