Tuesday 26 June 2012

KEBAHAGIAAN DENGAN TAWAKAL



KEBAHAGIAAN DENGAN TAWAKAL

Ya Allah, tiga tahun telah berlalu
Masih dibuai alpa dan leka
Begitu ghairah menyusuri rumah tangga
Mengecapi dunia baru dan mehnah berumah tangga
Bertungkus lumus bekerja,
Baik di pejabat mahupun di rumah
Perhatian bukan sedikit diluangkan buat anak-anak
Semuanya ku kira amanahMu.

Malangnya, tanpa sedar,
Hikmah tawakal ditepikan.
Hidupku bagaikan hanyut,
Hilang arah dan tujuan.
Gelisah dipalit resah, gundah jadinya

Ya Rabb,
Moga sedarku masih belum terlewat.
Kembali ke fitrah asal
Ampunkan hambaMu
Kanda redhailah isterimu
Maafkan ibu, anak-anakku

Ibu seharusnya berusaha, mendidik
Mengajar dan mengasuh kalian
Namun pertolongan dan petunjuk
Kejayaan usaha itu, juga hasilnya
Berserah semua padaNya.

Sesungguhnya, padanya kita bertawakal.
Akhirnya, pasti KEBAHAGIAAN SEBENAR bakal ditemui.

p/s: di sinilah medan luahan rasa di kala gundah. Tiada yang sakit hati, tiada yang naik darah.

kongsi-rasa,

-----{@
mrsmohd
21.06.2012

Friday 22 June 2012

AL-QURAN TIDAK TERBAKAR

Semasa kejadian Tsunami di Acheh, sesuatu yang menakjubkan beberapa masjid terselamat tanpa sebarang kerosakan di tengah-tengah timbunan rumah, lumpur, bahan hanyut dan mayat.  Lebih menakjubkan, bukan sahaja masjid yang dibina dengan struktur yang kuat seperti batu malahan juga masjid bersturuktur lama daripada kayu masih berada dalam keadaan yang baik. Kebesaran dan kuasa ALLAH swt. menjaga rumahNYA. Sesungguhnya MASJID adalah RUMAH ALLAH.

Daripada Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah s.a.w. bersabda ”Sesungguhnya rumah-rumah Allah di bumi ini adalah masjid-masjid, dan sesungguhnya hak (wajib) atas Allah untuk memuliakan orang yang menziarahinya di masjid-masjid.” (Riwayat Thabrani) [1]

Jumaat lepas 22.06.12, ibu mendapat khabar yang mengejutkan - kebakaran rumah seorang sahabat. Rumahnya hangus sama sekali. Namun yang menakjubkan adalah AL-QURAN terselamat di atas rak buku di mana dokumen dan buku-buku yang lain terbakar. 

Status FB beliau menyatakan:
"(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Innā lillāhi wa innā ilayɦi rāji’ŭn" (sesungguhnya kita semua milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya-lah kita semua akan kembali." (Surah Al-Baqarah Ayat 156)

Gambar ni adalah Al-Quran dan Tafsir yg terselamat yg diletakkan di rak buku sedangkan dokumen dan buku yg lain habis hangus di rak yg sama...Allahuakbar...di Jumaat yg penuh berkah ini....marilah kita bykkan istighfar dan memuji kebesaran Allah...


Inilah Al-Quran yang terbakar itu, masih dalam keadaan baik.



Al-Quran dijaga oleh ALLAH SWT sebagaimana firmanNYA yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (al-Hijr: 9) 
[2]

Iktibarnya, ALLAH sentiasa dekat dengan kita. Menjaga hakNYA. Pastikan anaksoleh ibu memuliakan masjid dan Al-Quran. Sebaiknya bagi anaksoleh lelaki sedaya usaha setiap waktu solat di masjid. Marilah kita membudayakan Al-Quran di dalam diri. Setiap hari usahakan sebaiknya 10 ayat, setidak-tidaknya 1 ayat. Pastikan, setahun khatam 1 kali Al-Quran.     

-----{@
anasolehah
22.06.2012

Wednesday 20 June 2012

HORMATI PENSYARAH & GURU

"Ptuuuuui, macam bagus sangat",  komen seorang pelajar terhadap pensyarahnya di laman Twiitter bila tidak berpuas hati dengan markah diterima. Sabar ye sahabat, inilah dugaan pendidik hari ini.

Luruh, hancur perasaan seorang pensyarah. Inikah anak didiknya? Inikah pelajar harapan bangsa, harapan negara? Ke mana hilangnya rasa hormat, adab dan sensitiviti pelajar ke atas guru dan mereka yang lebih tua. Tidakkah mereka tahu kenapa mengapa pensyarah dan guru perlu dihormati.


                                                               [sumber: blog ellepunye]

"Ya Allah berilah hidayah untuk anak2 remaja (anak2 dan pelajar2 kami) untuk ubah sikapnya. Lebih menyantuni dan menghormati orang yang lebih tua lebih2 lagi guru dan pensyarah mereka., Amin"

Zaman dah berubah, dulu lain sekarang lain. Anak perlu dididik mengikut zamannya.
Zaman dah berubah, cara didikan seharusnya turut berbeza.

Jika inilah keadaannya.

Fikir-fikir!
  • apa dah jadi dengan anak2 kita?
  • apa sudah jadi dengan anak remaja kita?
  • apa dah jadi dengan sistem pendidikan kita?
  • apa dah jadi dengan ibu bapa?
  • apa peranan saya?
  • apa peranan kita?
  • bagaimana saya/kita dapat membantu?
  • di mana harus dimulakan pendidikan itu?

Jawapannya, kembali kepada AGAMA ISLAM, KENAL ALLAH.
Laksanakan yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Belajar juga bagaimana nak DIDIK GUNA TEKNIK RASULLULLAH (DGTR).

Berkata-kata memang mudah, namun perlaksanaannya perlukan KERJASAMA & ISTIQAMAH semua pihak. Apapun, kalau semua mahu pasti BOLEH. Remaja dan anak-anak zaman kini adalah penentu generasi dan pemimpin akan datang. Maju mundur sebuah bangsa dan negara.

MABRUK DR JAMA

Jama viva dengan jayanya semalam - 19 Jun 2012, Selasa.
Saya bila lagi?


Senyum kepuasan.

You deserve it DR JAMA!, after all hardwork and sacrife.

Thursday 14 June 2012

DIDIK ANAKSOLEH BASUH PINGGAN

Pengalaman Didik anaksoleh Basuh Pinggan

Kebiasaan tinggal di kotaraya KL, jam 6pm keluar pejabat dan paling awal pukul 7.30pm tiba di rumah. Setelah bertegur sapa seketika, ibu berkobar-kobar menuju ke dapur untuk menyediakan juadah makan malam.

“Hah! Penuhnya pinggan dalam sink.” Masa telah hampir Maghrib.
“Macam mana nak masak ni”

Alangkah berserabut kepala apabila tengok sink yang penuh. Cuba tengok sink di bawah, dapat rasakan tak keserabutan itu? Nak masak lagi, basuh pinggan lagi, kemas dapur huhuhu.

Jika berterusan begini, pastinya mengundang stress perpanjangan. Mana stress di jalan raya, penat bekerja. Sekurang-kurangnya sink yang kosong menjadi TERAPI seketika untuk kerja selanjutnya di rumah bukannya PENAMBAH STRESS. Usah gundah dan risau fikir positif, positif. 

"Idea..idea..datang cepat."

"Tiiiiing!"

Anak2 perlu dididik lebih BERDISIPLIN dan BERTANGGUNGJAWAB. Mulai esok setiap orang mesti basuh pinggan masing-masing setelah selesai makan.

Syaratnya:
  1. Pemantauan dan peringatan berterusan perlu dibuat.
  2. Di peringkat awal kena pastikan sesiapa yang habis makan dulu perlu membasuh pinggan sama ada pinggan yang digunakan atau pinggan yang telah ada di dalam sink. Jika tidak, anak soleh yang seterusnya juga akan membiarkan pinggan tidak berbasuh. Pinggan pasti bertimbun lagi. 
  3. Pastinya ibu bapa adalah mereka yang utama perlu mematuhi syarat ini.
Alhamdulillah, walau mengambil masa beberapa hari dipraktikkan amalan basuh pinggan telah menjadi AMALAN RUTIN bagi setiap orang dalam keluarga. Peraturan ini dikecualikan bagi anaksoleh4 yang baru berusia 5 tahun pada 2009. 




Berbeza bukan! Sekarang ibu dapat memasak dengan lebih tenang. Dalam masa yang sama anak-anak dapat dididik agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Alhamdulillah, moga idea-idea yang baik dikurniakan oleh ALLAH berterusan buat ibu2soleh sekalian :)

IbuTiri*baik
15.06.2012

Tuesday 12 June 2012

SENARAI TEKNIK2 DIDIK CARA RASULULLAH

DIDIK GUNA TEKNIK RASULULLAH

  1. Aplikasi Teknik Menyelesaikan Pergaduhan berdasarkan Hadith Menjaga Perpaduan dalam Barisan Kepimpinan [13.06.12] Aplikasi [xx.xx.12] Impak [xx.xx.12]

DIDIK ANAK SOLEH GUNA TEKNIK RASULULLAH

Teknik ini dikongsi oleh seorang ustazah, namanya Siti Khadijah (USK). Prof Muhaya yang berkongsi dengan pendengar radio IKIM.fm. Tanpa berlengah laman USK dilayari dan terus jatuh hati. Pastinya dengan tekad, teknik2 ini perlu diamati dan dihayati yang pastinya sesuai dipraktikkan untuk mendidik anak2 soleh (A2S) di rumah. Rasulullah ikutan terbaik dan terkenal dengan akhlak mulia. Bilamana generasi mulia ingin dipupuk pastinya teknik Rasulullah adalah yang terbaik. 

IKTIBAR TEKNIK 1
Aplikasi Teknik Menyelesaikan Pergaduhan berdasarkan Hadith Menjaga Perpaduan dalam Barisan Kepimpinan
 
Antara petikan dari Laman USK

Abdullah bin Abi Aufa melaporkan bahawa Abdul Rahman bin Auf pernah mengadu kepada Nabi Muhammad tentang Khalid al-Walid. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada Khalid, "Wahai Khalid, janganlah saudara menyakiti lelaki yang menjadi anggota tentera Perang Badar. Andai kata saudara bersedekah dengan emas sebesar Gunung Uhud, tentu saudara masih tidak dapat menyaingi amalannya." Khalid al-Walid pun berkata, "Wahai Rasul Allah, mereka menuduh saya, sedangkan yang dimaksudkan adalah mereka." Nabi Muhammad berkata, "Janganlah menyakiti Khalid, sesungguhnya dia adalah pedang daripada pedang-pedang Allah 'azza wa jalla. Allah menghantarkan dia bagi memerangi orang-orang kafir." - Hadith ini direkodkan dalam koleksi hadith-hadith autentik Ibn Hibban. ~Kredit Blog Tim Hadith Psikologi


Dalam hadith ini, Nabi Muhammad menggunakan beberapa strategi bagi menyelesaikan pergaduhan yang berlaku di antara Abdul Rahman bin Auf dan Khalid al-Walid. Strategi tersebut ialah;
  1. Mengalihkan pandangan kedua-dua pihak yang bermusuhan itu daripada melihat kelemahan dan kesalahan musuhnya kepada melihat kehebatan dan kemuliaan musuh.
  2. Menukar perasaan sakit hati dan benci terhadap musuhnya kepada perasaan menghormati, memuliakan dan mengagumi musuhnya.
  3. Memperkenalkan peraturan interaksi sosial yang dikenakan ke atas kedua-dua belah pihak.


Tindakan USK:
"Namun tidak pula saya bertanya apakah yang sebenarnya berlaku kerana mengikut Teknik Nabi Muhammad yang tidak menyiasat kesalahan."

"Pergaduhan dapat selesai tanpa saya perlu menyiasat punca mereka bergaduh, menegur, mengkritik atau memarahi perbuatan mereka yang bergaduh dan menghukum mana-mana pelajar atas kesalahan bergaduh."

"Sebaliknya saya menerangkan kebaikan masing-masing. Teknik yang saya gunakan adalah menggantikan perasaan sakit hati kepada perasaan suka dan puas hati hasil menerima pujian daripada orang besar (vip) iaitu ustazah mereka."

Insya Allah akan dikongsi cerita selepas dipraktikkan :)
  
Ibu A2S
13.06.12

Orang mukmin, sifatnya ...


[sumber: http://khalifahiskandar.blogspot.com]
Ini sifat orang mu'min;

☑ 1. Hayyinun = mengambil mudah dengan sesuatu perkara seperti mudah berurusan dengannya, mudah untuk bersahabat atau berkawan, mudah menolong, mudah memaafkan dll.

☑ 2. Layyinun = berlemah lembut & tidak kasar.

 ◆ Sayyidina Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Orang mukmin itu mudah (hayyinun) & berlemah lembut (layyinun) sehingga kamu akan menyangkanya seorang yang bodoh disebabkan sifat lemah lembutnya".
~ Riwayat Imam Baihaqi rahimahullah.

* JazakaAllahu a'nna khairal jaza' Tuan Termizi Yaacob atas tazkirah yang sangat besar maknanya untuk saya (khususnya) & anda (umumnya).

~ Dipetik dari FB. 

Friday 8 June 2012

MANUSIA & IBADAH - peta minda

Setiap hari Jumaat pasti ada aktiviti sampingan semasa di Hasanah.
Hari ini terfikir nak buat peta minda (jika boleh dikata begitu, atau nota bentuk struktur)

Inilah hasil yang pertama - TUJUAN ALLAH JADIKAN MANUSIA


Insya Allah akan ditampal untuk tatapan anakanda soleh solehah di rumah.


Semoga berhasil memberi gambaran untuk anak2 ibu mengenai hubungan kita dengan Allah dan fungsi utama kita sebagai khalifah dan hamba Allah yang dijadikan untuk berIBADAH kepadaNYA.


Hasil kedua pula - IBADAH


Sumber-sumber yang diperlukan, mengikut kuantiti - sikit dan banyak.



INGAT ALLAH SELALU! Juga sifat-sifat mulia yang perlu diamalkan sebagai mukmin

Moga dapat beri manfaat pada kita semua, wallahu'alam.

Ibu - anak soleh.
07.06.2012