Friday 24 January 2014

MAJLIS HAFLAH MAN 2014

Majlis Haflah Tahunan 2014, Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur/Al-Mizan (MAN)

Beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh ibu bapa. Pesanan daripada Ustaz Hanafi.

Waktu ziarah:

Jumaat: 12.30-6.30pm
Sabtu: 7am-6.30pm (outing maksimum 6jam)
Ahad: Dengan izin MAN.

Anak tahfiz dibenarkan pulang sebulan sekali. Namun bergantung kepada prestasi pelajaran anak. Sebaiknya, ibu bapa perlu meminta izin sehari sebelum pulang bagi mengelakkan pembaziran makanan.

Anak tahfiz perlu maklumkan ibu bapa
Amalan, doa dan sedekah ibu bapa di rumah penentu kejayaan anak-anak yang menghafal di madrasah.

Kenaikan yuran, saranan Pejabat Agama Negeri. Pendaftaran pelajar dalam dan luar (Australia, Yaman, Kemboja dan Vietnam) meningkat.

*RM200 kenaikan ke RM230.

Jaga pemandangan
Fokus

Whatsapp. maks 50org
Telegram 200 org

Hafiz Hafizah, Alim Alimah dan Daiae
Asbab syafaat di akhirat

Meraikan sesuatu - haflah

Setiap susah payah, Allah nilai.
Mengaji Al-Quran bukan kebolehan tapi pilihan Allah.

Fikir ibu bapa adalah doa.

Perlu fokus yang sangat tinggi. Disiplin adalah penting. Peraturan ketat dan tata tertib untuk membantu hafiz hafizah. Sekejap pun kadang-kadang mengganggu.

230 orang 3 tahun berturut-turut

Jabatan Agama cadang ke MAN.

Saham wakaf bangunan baru. 1 lot rm100
Target bulan 4 mula bina dan bulan 6 siap untuk kemasukan ke-2 2014.

8jam sehari,  ...ribuan huruf

Satu usaha yang besar. Al-Quran dipelihara melalui 2 cara - Mushaf Al-Quran dan dada-dada manusia.

Perujian Al-Quran.

Majlis diserikan dengan alunan nasyid daripada banin. Antara lirik yang menyentuh hati.

...MAN perlukan kami dan kami memerlukan MAN untuk tarbiah diri kami bagi mencapai cita-cita kami

Oh ustaz oh ustazah
Warga tahfiz An-Nuur.

Majlis berakhir dengan ramah mesra ibu bapa dan ustaz ustazah. Sambil melihat rekod perkembangan anak-anak.

mrsmohd

25.01.2014

Friday 17 January 2014

KEREPEK NGARKU

Seorang sahabat berkongsi kesedapan beliau mengunyah kerepek ngarku. Sambil menanda.

Kerepek ngarku? 

Jarang kita dengarkan!

Puan Yatie ada berkongsi rupa buah dan resepi kerepek ngarku. Menurut sahabat lagi, kerepek dan buah ini hanya dijumpai semasa musim CNY sahaja.

Nota: Masih di pejabat menyiapkan markah Com. Sec. Pastikan semester hadapan setiap penilaian segera diselesaikan agar tidak bertangguh.

---{{@
mrsmohd
17.01.14

Wednesday 15 January 2014

ZIARAH PERTAMA

Ziarah pertama - 11.01.14

Sepanjang perjalanan
Rindu sayu berbaur
Sukar diungkap rasa
Hanya air mata …

Tabahlah wahai hati
Kuatlah wahai semangat
Sabarlah …

Menatap anaksoleh
Rantai gusar berderai
Syukur buatMu

Anaksoleh sulung
Kelihatan gembira
Malah selesa katanya
Namun sedikit resah 
Guru garang diterima

Anakku...itu asam garam
Apabila menuntut ilmu
Lihat hasilnya,
Dua minggu berguru,
Juz Amma telah dihafal
Mabruk anakku,
Daripada abah ibu!

Anaksoleh bongsu
Terserlah kematanganmu
Pelbagai berita dan cerita
Yakin dalam berkata

“Usrah itu Bahasa Arab,
Bahasa Malaysia kumpulan”
Jelas juga sebutannya
Kini Iqraq 3 diulang
Bacaan perlu diperbetulkan

Anak-anak soleh
Ibu abah yakin dan berdoa
Dengan izinNya
Kejayaan pasti milik kalian

12.01.14

-----{@
mrsmohd - ibu

Friday 10 January 2014

REDHA ILAHI YANG DIBURU

2 minggu lepas...

Dua lagi anaksoleh dihantar
Ke madrasah di Muar
Seorang yang sulung,
Manakala yang seorang lagi bongsu.

Biar jarak memisahkan kita
Pengorbanan ini sementara
Inilah kasih sayang ibu abah
Agar anaksoleh gemilang..
Dunia juga akhirat.

Niat kita satu
Redha Ilahi yang diburu
Kejayaan perlukan pengorbanan
Mujahadah juga perlu.
Demi mulianya akhlakmu

Yang ketiga kakaknya
Setahun sudah khatam Al-Quran
Sedap bacaan, indah tajwidnya.
Alhamdulillah...
Ibu abah terharu ..
Gembira dengan pencapaianmu.
Syabas anakku.