Wednesday 15 January 2014

ZIARAH PERTAMA

Ziarah pertama - 11.01.14

Sepanjang perjalanan
Rindu sayu berbaur
Sukar diungkap rasa
Hanya air mata …

Tabahlah wahai hati
Kuatlah wahai semangat
Sabarlah …

Menatap anaksoleh
Rantai gusar berderai
Syukur buatMu

Anaksoleh sulung
Kelihatan gembira
Malah selesa katanya
Namun sedikit resah 
Guru garang diterima

Anakku...itu asam garam
Apabila menuntut ilmu
Lihat hasilnya,
Dua minggu berguru,
Juz Amma telah dihafal
Mabruk anakku,
Daripada abah ibu!

Anaksoleh bongsu
Terserlah kematanganmu
Pelbagai berita dan cerita
Yakin dalam berkata

“Usrah itu Bahasa Arab,
Bahasa Malaysia kumpulan”
Jelas juga sebutannya
Kini Iqraq 3 diulang
Bacaan perlu diperbetulkan

Anak-anak soleh
Ibu abah yakin dan berdoa
Dengan izinNya
Kejayaan pasti milik kalian

12.01.14

-----{@
mrsmohd - ibu

No comments:

Post a Comment