Friday 31 May 2013

MUDAH BANGUN QIYAMULLAIL

PAYAH, SUKAR walau kita diberi 24 jam sehari. Qiyamullail disarankan oleh Allah swt adalah untuk kebaikan kita. Terdapat pelbagai hikmah untuk dirungkaikan satu persatu kerana terlalu banyak. Oleh itu, untuk mendapat ganjaran yang besar pengorbanan diperlukan. Masa tidur, main bersuka ria, tengok tv perlu dikorbankan. Bukan tak boleh tidur tapi masa tidur perlu dikurang sedikit, begitu juga aktiviti lain.Mungkin di sini qiyamullail perlu diberi KEUTAMAAN berbanding aktiviti yang lain kerana hikmah dan nikmat yang besar di sebaliknya. Usahakan luangkan masa untuk qiyamullail lebih kurang 30 minit sehari. Kita mulakan dengan solat sunat 2 rakaat, jika telah mampu istiqamah kita tingkatkan sedikit demi sedikit. Marilah sama-sama mujahadah untuk istiqamah qiamullail. Di sini mrsmohd potong dan tampal tips mudah bangun qiyamullail daripada Ustaz Zahazan menerusi status FB beliau.

Qiyamullail memerlukan kesungguhan dan tekad. Jika ada tekad, akan sangat mudah merealisasikannya dengan izin Allah. Berikut ini adalah panduan yang mendorong seseorang meninggalkan tempat tidur untuk bermunajat kepada Yang Maha Pengasih.

1. Programlah aktiviti harian dengan betul supaya anda mempunyai peruntukan waktu yang mencukupi untuk berehat dan bangun malam.

2. Fahamilah bahwa Anda punya keperluan jasmani, aqli, dan ruhani, maka yang wajib dipenuhi dengan seimbang.

3. Hindari maksiat. Sebab menurut pengalaman Sufyan Ats-Tsauri, “Aku menghadapi kepayahan untuk melakukan qiyamullail selama 5 bulan disebabkan satu dosa yang aku lakukan.”

4. Ketahuilah fadhail (keutamaan) dan keistimewaan qiyamulail. Dengan begitu Anda akan bersemangat untuk melaksanakannya.

5. Pupuk perasaan ingin bermunajat dengan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

6. Makan malam jangan kekenyangan, berdoa untuk dapat bangun malam, dan jangan lupa ikhtiar lain seperti menggunakan jam loceng dan sebagainya.

7. Buat persepakatan dengan isteri, anak-anak dan sahabat tentang program qiyamullail bersama .

kredit: Ustaz Zahazan - status fb

  
-----{@
sama-kongsi, 
mrsmohd

TIPS MAJU BERNIAGA


Perkongsian dari Ustaz Zahazan untuk jadi perniaga hebat. 

3 usahawan berjaya.

Alhamdulillah hari kedua kami di JB tempohari menyempatkan pertemuan dgn sahabat baik saya Syikh Mustaza b Abdullah pemilik rangkaian syarikat perniagaan Larkin & Amirah bookstores. 

Walaupun -seperti biasa- pertemuan kami agak singkat kerana kesibukannya sebagai ketua keluarga yg amat bertanggungjawab, ketua masyarakat yg komited dan bisnesman yg dihormati, namun saya mempelajari daripadanya kualiti2 berikut. 

Dan saya mendapati ramai yg berjaya dlm berbagai bidang hidup memiliki pola berfikir sepertinya , jom share sama2, 

Kongsi tips maju berniaga menurut ahli perniagaan hebat dari JB ini : 
1. Utamakan hak Allah swt & orang lain dalam perniagaan 
2. tinggalkan perkara syubhat apatah lagi yang haram 
3. Bantu orang lain dengan ikhlas 
4. Bahagikan masa secara sistematik dlm hidup 
5. Bayar hak orang tanpa menzaliminya. 
6. Bangun awal setiap hari, Programkan minda anda utk berbakti pd semua orang.. 

Tahniah sahabat, moga petua berharga ni dpt kami amalkan utk memajukan umat ke arah menjadi muslim yg berwibawa.— with Taukey kedai buku Amira, Larkin, hj Mustaza and Us Mohd Saeidi, senior sales Telagabiru.

Thursday 30 May 2013

AL-QURAN: ALAT WAJIB-MILIK BUAT ANAKSOLEH

Seronok betul semalam dapat mencari CD koleksi bacaan Al-Quran 30 Juzuk. Seronok sebab:
  • pertama - dapat memborong sakan, 
  • kedua - dapat memenuhi permintaan pelanggan Hasanah Muslim Shop dan 
  • ketiga - berkongsi dengan kawan-kawan alatan bagi mendidik diri, keluarga dan anaksoleh. 

Hari ini mulakan aktiviti perkongsian/promosi CD di FB - kemaskini status, muat masuk gambar dan kongsi dengan kawan-kawan. Gambar telah diambil dan diedit semalam, pagi ini cuma masukkan signature kedaihasanah. Inilah kata-kata yang mrsmohd sempat fikir & kongsi:

"Kita tahu PENYANYI kegemaran anak kita, tapi sayang bagaimana dengan PEMBACA/QARI Al-Quran yang mereka sukai?"
"Kita tahu LAGU kesukaan anak kita, tapi sayang bagaimana dengan SURAH yang mereka gemari?"
"Kita belikan BUKU/CD pilihan mereka, adakah sudah kita menghadiahkan AL-QURAN sebagai alat wajib-milik ibu-bapa buat mereka?"
Bagi yang telah TAHU dan KISAH tentang qari kesukaan dan surah kegemaran anaksoleh. Anaksoleh juga telah memiliki AL-QURAN personal mereka. TAHNIAH!. Anda adalah IBU-BAPA BERJAYA.
Bagi yang masih BELUM TAHU, TAHNIAH juga kerana kita sudah tahu kita belum tahu. Ayuh, kita MUHASABAH SEKARANG.
*Buat diri, anaksoleh, kawan2 dan juga lawan. 

Cabaran mendidik anaksoleh zaman ini sangat besar. Mereka perlukan masa, perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi daripada ibu bapa. Sekurang-kurang pada masa terluang kita berikan mereka alat wajib-milik sebagai PETUNJUK JALAN HIDUP yang berguna buat mereka. Malah mampu menjadi PENGHIBUR & PENENANG JIWA di kala kesunyian dan keresahan.

 mrsmohd

Friday 24 May 2013

ANAK SOLEH YAKIN DIRI - MENGESAHKAN JAWAPAN SENDIRI

Situasi apabila anak mengharapkan ibu bapa MENGESAHKAN JAWAPAN bagi aktiviti sekolah dan kerja rumah.

Agak membimbangkan kerana ini menunjukkan anaksoleh mempunyai
keyakinan diri yang rendah. Jika berterusan mereka juga tidak mampu membuat keputusan dengan baik tanpa bantuan. Solusi harus dicari segera!

Baru-baru ini, semasa mengajar anaksoleh (tahun 3) Matematik - operasi tambah. Setiap kali jawapan diperolehi anaksoleh akan teragak-agak dengan jawapannya dan meminta PENGESAHAN JAWAPAN yang berbunyi
"Betul tak ibu?"

Syukur, Allah beri buah fikiran untuk bereksperimentasi.

"Pastikan kira sekurang-kurangnya 3 kali, dapat jawapan sama baru bagitau ibu"

TUJUAN - penyemakan secara tidak langsung agar anaksoleh pasti dengan jawapan yang betul setelah mereka memperolehi jawapan yang sama beberapa kali.

HASIL POSITIF - setelah pengiraan dibuat berulang kali jika jawapan yang tidak sama diperolehi menyebabkan anaksoleh mengulangi pengiraan. Jika sama ini menimbulkan keyakinan anaksoleh bahawa mereka telah memperolehi jawapan yang betul dan ini secara tak langsung MENGESAHKAN SENDIRI JAWAPAN mereka.

"Ibu sudah dapat. Jawapannya adalah xxxx" anaksoleh memberitahu.

"Betulkah jawapan itu? Mana tahu betul?" sengaja menguji anaksoleh.

"BETUUUL. Saya sudah kira 3 kali, jawapannya sama"

Dua-dua pun tersenyum puas eksperimetasi berjaya.

mrsmohd
24.06.13

Friday 10 May 2013

HADIAH PERTAMA

Menjelang hari ibu pelbagai perancangan dan ramai yang menyambutnya dengan majlis khas, ada juga sekadar memberikan ucapan dan hadiah buat ibu tersayang. Tidak ketinggalan anaksoleh genit yang berusia 9 tahun. Anaksoleh Ika beberapa hari ini agak teruja nak berikan hadiah kepada ibu-abah tapi malu-malu. Ini merupakan pengalaman pertama menyediakan hadiah - siap dibalut dengan kertas bunga dan ucapan. Usaha ini bagusnya dimulakan oleh guru di sekolah, malahan air diberikan oleh guru.

Ika nak bagi hadiah untuk ibu abah
Nah, Ika sayang ibu. Ika sayang abah sambil menghulurkan hadiahnya.
  
Hadiah buat Ibu.
 Untuk apa? Tanya abah
"Dalam tu ada air kotak"  Ika belum faham soalan. 
Jangan beritahu dulu,
Cikgu yang suruh bagi.
Sempena apa?
Haari...ha-ri  Hari Ibu Bapa

Ini hadiah untuk Abah.

Ucapannya  ....
Ucapan yang dilekatkan bersama pembalut hadiah.

Terima kasih Ika, ibu suka hadiah Ika. Ibu pun sayang Ika. Abah pun sayang Ika juga. Semua pun sayang. Love you too deary! Terpancar kegembiraan di muka anak soleh Ika. Suka sangat dia.


Sibuk membuka kertas ucapan yang dilekat kemas.

Moral cerita -  Sifat memberi elok dipupuk dan dibajai sejak anaksoleh kecil. Baik untuk pembentukan akhlak mulia dan menyuburkan kasih sayang sesama keluarga dan sahabat.

Cerita lain:
KEK UNTUK KAKAK
BUDAYA MENYIMPAN/MENABUNG
DAM ULAR: BELAJAR TERIMA KEKALAHAN