Friday 31 May 2013

MUDAH BANGUN QIYAMULLAIL

PAYAH, SUKAR walau kita diberi 24 jam sehari. Qiyamullail disarankan oleh Allah swt adalah untuk kebaikan kita. Terdapat pelbagai hikmah untuk dirungkaikan satu persatu kerana terlalu banyak. Oleh itu, untuk mendapat ganjaran yang besar pengorbanan diperlukan. Masa tidur, main bersuka ria, tengok tv perlu dikorbankan. Bukan tak boleh tidur tapi masa tidur perlu dikurang sedikit, begitu juga aktiviti lain.Mungkin di sini qiyamullail perlu diberi KEUTAMAAN berbanding aktiviti yang lain kerana hikmah dan nikmat yang besar di sebaliknya. Usahakan luangkan masa untuk qiyamullail lebih kurang 30 minit sehari. Kita mulakan dengan solat sunat 2 rakaat, jika telah mampu istiqamah kita tingkatkan sedikit demi sedikit. Marilah sama-sama mujahadah untuk istiqamah qiamullail. Di sini mrsmohd potong dan tampal tips mudah bangun qiyamullail daripada Ustaz Zahazan menerusi status FB beliau.

Qiyamullail memerlukan kesungguhan dan tekad. Jika ada tekad, akan sangat mudah merealisasikannya dengan izin Allah. Berikut ini adalah panduan yang mendorong seseorang meninggalkan tempat tidur untuk bermunajat kepada Yang Maha Pengasih.

1. Programlah aktiviti harian dengan betul supaya anda mempunyai peruntukan waktu yang mencukupi untuk berehat dan bangun malam.

2. Fahamilah bahwa Anda punya keperluan jasmani, aqli, dan ruhani, maka yang wajib dipenuhi dengan seimbang.

3. Hindari maksiat. Sebab menurut pengalaman Sufyan Ats-Tsauri, “Aku menghadapi kepayahan untuk melakukan qiyamullail selama 5 bulan disebabkan satu dosa yang aku lakukan.”

4. Ketahuilah fadhail (keutamaan) dan keistimewaan qiyamulail. Dengan begitu Anda akan bersemangat untuk melaksanakannya.

5. Pupuk perasaan ingin bermunajat dengan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

6. Makan malam jangan kekenyangan, berdoa untuk dapat bangun malam, dan jangan lupa ikhtiar lain seperti menggunakan jam loceng dan sebagainya.

7. Buat persepakatan dengan isteri, anak-anak dan sahabat tentang program qiyamullail bersama .

kredit: Ustaz Zahazan - status fb

  
-----{@
sama-kongsi, 
mrsmohd

No comments:

Post a Comment