Monday 30 January 2012

Seorang Yang Sempurna


"Sekiranya seorang anak hidup dalam kritikan, ia akan belajar menghukum. Sekiranya seorang anak hidup dengan permusuhan, ia akan belajar kekerasan. Sekiranya seorang anak belajar hidup dengan ejekan, dia belajar menjadi malu. Sekiranya seorang anak hidup dengan perasaan malu, dia belajar berasa bersalah. Sekiranya seorang anak hidup dengan dorongan, dia belajar mempercayai dirinya. Sekiranya seorang anak hidup dengan keadilan, dia belajar menjalankan keadilan. Sekiranya seorang anak hidup dalam ketenteraman, ia belajar mengenai keimanan. Sekiranya seorang anak hidup dengan sokongan, dia belajar menyukai dirinya sendiri. Sekiranya seorang anak hidup dengan penerimaan serta persahabatan, dia belajar untuk mencintai dunia." ~ Dorothy Law Nolte [FB Ibubapa Cemerlang]

Hasanah kata, seorang anak perlu merasa semuanya untuk mereka belajar dan perolehi pengalaman menjadi seorang yang sempurna sebagai individu, pemimpin dan juga ibubapa yang matang, kreatif dan bersemangat pada masa hadapan.

Monday 23 January 2012

Doa buat Anak-anak

Doa yang elok diamalkan kepada anak-anak ketika menghantar mereka ke sekolah atau pusat pengajian. Letak tangan di dada mereka kemudian bacakan

للَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya” Riwayat Ahmad no.22265

Dikongsikan oleh Ustaz Mohd Rifqi Myiddin dalam kuliah maghrib di Masjid Intan Abu Bakar Sri Pulai semalam.

Thursday 19 January 2012

Perubatan Tradisional di China

Assalamualaikum wmt.

Entri kali ini, saya ingin berkongsi mengenai perubatan tradisional di China. Terdapat beratus ribu buah hospital perubatan tradisional dengan kelengkapan serba moden di seluruh China. Malah lebih mengejutkan rakyat China lebih yakin dengan perubatan berasaskan herba yang ditawarkan oleh hospital tradisional berbanding hospital moden [info Halal, TV9]  



Melalui laman Traditional Chinese Medicine, kenyataan di atas memang tidak dapat disangkal dengan bilangan pesakit dari seluruh dunia termasuk dari negara barat dan orang-orang Islam sendiri. Dengan kemudahan frasarana yang baik, maklumat yang lengkap dan kepakaran yang tinggi pasti perubatan tradisional wajar diyakini.   

Wajar dicontohi - Di China ada Hospital Perubatan Traditional, Professor Perubatan Traditional dari Kolej Perubatan Traditional. Semuanya berasaskan herba. Jangan terkejut....beratus ribu hospital traditional yang diyakini.  [FB Page-Hasanah Muslim Shop]
 
Ini bermakna perubatan tradisional telah bermula sejak berabad lamanya. China lebih bernasib baik kerana keyakinan rakyat negara tersebut telah mengembangkan perubatan tradisional mereka dan menempatkannya di tempat yang selayaknya. Bagi kita di Malaysia, terdapat banyak herba nusantara yang boleh dan telah diketengahkan. Begitu juga dengan Perubatan Islam yang juga berasaskan makanan sunnah dan herba yang mempunyai khasiat dan bermutu tinggi. Seharusnya kita mencontohi rakyat China yang tegar menggunakan perubatan tradisional mereka. Amalkan perubatan tradisional dan herba kita!

Jumpa lagi.

Akan datang:
Kenapa perubatan tradisional?
Khasiat perubatan tradisional?
Perubatan tradisional lwn perubatan moden?
Herba lwn dadah - bahan kimia?

-----{@
Hasanah
19.01.12

Tuesday 10 January 2012

Senarai Kerja Suami & Isteri


Kata Ustaz Zaharuddin:

"Perselisihan & salah faham dalam rumah tangga byk berlaku kerana pasangan, masing-masing tidak UPDATE tentang 'Apakah kerja yg sedang membebani pasangan'. Hasilnya, pasangan mudah berfikir bukan2 seperti tiada lagi kasih, cinta dll padahal itu hanyalah ilusi. Justeru, sebagai tips, cuba senaraikan senarai kerja isteri dan suami anda secara spontan (termasuk dateline) sekarang & bandingkan dgn senarai sebenar dari pasangan. Mungkin ia akan mampu pasangan memahami keluhan & keserabitan pemikiran pasangan hingga menggugat romantisnya dia dll."

*update mesti update - gunakan kreativiti sendiri untuk update. Agar rumah tangga kita bahagia dan berkekalan. Amiiin.

-------{@
10.1.12

Kita cemuh, mereka doa

Hasanah berhajat nak simpan hasil bacaan harian, semoga boleh dibuat rujukan pada masa akan datang. Harap semua juga dapat manfaat. Di bawah adalah kata-kata guru Hasanah.


Kata Ustaz Zaharuddin:

"Jangan terleka, kejayaan & kesihatan kita mungkin hasil doa orang sekeliling, sama ada keluarga, adik beradik, rakan taulan, murid, guru & lain-lain. Jangan tiba-tiba kita bermusuh, mengeji dan mencemuh orang lain, mungkin kamu mencemuh mrk yang mendoamu, doanyalah yang maqbul. Justeru, luaskan kebaikan, ihsan & akhlak kpd lebih ramai manusia, doanya mungkin akan terus milikmu jua. Ingatan buat diri & semua."


Kata Ustaz Zahazan:

Daripada Abdullah bin Abbas RA, Nabi SAAW bersabda yang bermaksud; "Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah SWT" (Riwayat al-Bukhari)


Kata ibu:

Ika dah mula sekolah agama, ibu & abah sempat intai pagi tadi.  Ika minta izin cikgu utk pergi tandas dan pergi sorang2. Ika memang pandai berdikari dan cerdik. Sayang Ika!


-------{@10.1.12