ABAH, pergi tak kembali lagi. Menyahut panggilan ilahi di suatu subuh hening sebelas tahun yang lalu. Adakalanya rindu itu datang yang mengundang sayu.
Abah kami rindu abah sangat.
Abah kami rindu abah sangat.
Moga abah dirahmati selalu.
Kami akan berusaha menjadi anak soleh walau di mana berada.
Kami sayang abah.
Kegundahan kali ini cuba diatasi dan diselami dengan menulis. Menulis tentang abah.
Abah suka membaca
Tak kira apapun bahan bacaannya. Kalau abah dapat surat khabar pasti berjam-jam lamanya, iklan pun abah baca rasanya. Abah paling suka majalah GILA-GILA. Abah langgan majalah ini setiap bulan. Kelakarnya apabila diari aku pun abah baca. Diari itu merupakan beberapa deretan diari lama yang tersimpan kemas di atas almari di dalam bilik. Sebenarnya kalau mak tak maklumkan, sampai ke hari ini pasti perkara ini masih menjadi rahsia. Mulanya agak malu juga, tapi buat apa nak malu sebab abah yang baca. Lagipun abah tak ada komen apa-apa dan diam sahaja.
“Sporting juga abah aku rupanya” hati berbicara.
Melentur buluh biar dari rebungnya. Alhamdulillah, tabiat dan hobi membaca yang baik ini melekat kuat pada semua anak-anak abah menjadikan kami orang yang cintakan ilmu sejak kecil sehingga kini. Kami pantang jumpa buku/majalah/surat khabar. Berlumba-lumba ingin membaca. Adik suka baca dan kumpul novel. Aku awal-awal dulu suka baca novel juga tapi sekarang dah lebih kepada buku bercorak keagamaan, keusahawanan, keibubapaan dan motivasi kehidupan. Pemilihan buku mungkin mengikut faktor usia. Apapun, TERIMA KASIH ABAH.
Hikmahnya, sedaya upaya kami menanamkan tabiat yang sama di rumah buat anak-anak soleh tersayang. Setiap ruang pasti ada buku. Ada rak yang dipenuhi dengan buku. Semoga budaya ini dapat diteruskan ke generasi akan datang. Bahan bacaan adalah sumber ilmu sebagai pembentuk minda, penjana arah tuju hidup dan pencerna pedoman di kala susah dan senang untuk masa depan yang cerah.
Amalan semasa seisi keluarga (masih berusaha)
- Istiqamah membaca Al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya sekali sehari.
- Langganan majalah bulanan mengikut kategori dan usia anak-anak soleh
- Galakkan membaca dan membaca dengan persekitaran yang harmoni
- Ke mana jua bersama buku.
"Ya Allah jadikan hambaMu di kalangan mereka yang suka mencari ilmu dan beramal dengan ilmu yang dicari itu demi kebaikan dunia akhirat kami. Amiiin."
-mrsmohd
7.13pm, 27.11.12
No comments:
Post a Comment