Tuesday, 11 December 2012

THE POWER OF TALKING

Thanks to my buddy Dr-to-be-M for her lovely cheese cake. Really nice!
Thanks also to DrJ who graduated Phd last August, for his supportive advices. We just finished a discussion sharing about our research, his viva and thesis writing.

Alhamdulillah..“Fuuhh..I feel release and feel good” after the discussion

Since that, here I would like to share my own experience and others experience.  Most agree that talking, then talking and talking is one of the PhD’s success tips. Not limited only with our family and friend, there are various ways of talking such as:

1.      Sharing of your research with colleagues
2.      Weekly colloquium
3.      Present our idea in conference, workshop and seminar. At the end of presentation,   5-10 minutes question and answer session with valuable comment from audience.
4.      Publish our technical paper. Usually before your work would be published, publisher will return the script with a good comment from reviewer.


What can we get from talking, basically are:
·         Increase your confident level
·         Make you happy, no more stress
·         Iron-up ‘problems’. Most of the time, things  that you’re worried about is not even a problem
·         More energetic, feel better
·         Give more idea and feedback and way to solve our research and study problem.
·         Give us a break

Hope, this encourage myself to focus and give  100%  super duper commitment. Lastly, finish my research  very, very, very soon with fruitful joy.

2 good news this week, 2 of my UTM's junior. One attended her convocation in Aussie and  another one finished  her PhD viva successfully with minor correction. Congratulations to both Dr Maslinda and Dr-to-be Malini.

Dr-to-be
mrsmohd

Friday, 7 December 2012

DIDIK ANAK KITA

Semalam sempat menonton Semanis Kurma "DIDIK ANAK KITA" tajuknya. Pastinya saudara/i sekalian ramai yang menyukai rancangan ini. Dengan pengendalinya Ustaz Akasyah dengan Ustazah Nor Bahiyah yang bersahaja - cukup serasi dan comel.

Tetamu jemputan kali ini Nur Jannah (karikatur Anis dulu2, sekarang tidak pasti) yang berkongsi pengalaman mendidik 13 orang anaknya termasuk 4 kembar.

Antara pesan Jannah:
  1. Jadikan anak guru kita. Bila anak buat silap cepat-cepat ibu bapa muhasabah pasti salah itu juga berkaitan dengan ibu bapa.
  2. Ibu bapa boleh juga minta anak melukis. Lukisan adalah baik sebagai medan meluahkan perasaan terutama buat anak yang pendiam. Kenali anak kita menerusi lukisan mereka.
Prof Sidek Baba, bersifat kebapaan dan lembut orangnya.
  1. Jaga solat
  2. Persekitaran memainkan peranan yang akan mempengaruhi anak2.
Ustazah ada nyatakan tentang 7 perkara kenapa anak nakal.
1. Kemiskinan
2.Ibu bapa yang selalu bergaduh (yg lain mrsmohd tak ingat...akan dicari)

Selain itu, Ustazah ada mengemukakan soalan: 

ADAKAH IBU BAPA BERMASALAH MELAHIRKAN ANAK YANG BERMASALAH?

Ini komen mrsmohd:

"Alhamdulillah kita diberi kesempatan berkongsi ilmu bersama Semanis Kurma. Banyak manfaat diperolehi. Soalan ini boleh dijawab dari pelbagai perspektif dan bergantung pada keadaan. Pada pendapat saya, tidak semestinya ibu bapa yang bermasalah akan melahirkan anak yang bermasalah. Ini kerana manusia adalah insan yang tidak sempurna malah sering melakukan kesilapan. Yang penting, ibu bapa tahu arah tuju dan matlamat mendidik anak-anak. Apakah acuan yang diinginkan oleh ibu bapa. Disiplin, pendidikan menjadi keutamaan keluarga terutama akar kekuatan menerusi agama yang tanam sejak kecil adalah penting. Sejahat mana ibu bapa pasti dia mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya."


Ustaz dan Ustazah seperti biasa berkongsi doa untuk kita amalkan semasa mendidik anak, supaya anak2 mentaati dan menghormati ibu bapa.
DOA2 DLM SEMANIS KURMA MLM NI:
  1. AGAR ANAK CERDIK:SURAH AL-ANBIYA' AYAT 79.
  2. AGAR ANAK TAAT PD ALLAH:AL-BAQARAH AYAT 128.
  3. UTK MENDAPAT ANAK YG SOLEH/ZURIAT YG SOLEH: ALI IMRAN AYAT 38.

DOA TAMBAHAN YG USTZH JANJIKAN PTG TADI DI MOSTI PUTRAJAYA:
  1. DOA LEMBUT HATI:SURAH AN-NAMLI AYAT 30-31.
  2. DOA KASIH SYG SUAMI-ISTERI SEKELUARGA:SURAH AL-FURQAN AYAT 74 & ALI IMRAN AYAT 31.

Bagi mereka di JB yang ingin menghantar anak-anaksoleh ke SEMINAR SYAHDU (Seminar anak hebat dunia & akhirat) pada 22&23 Dec Johor.Blh hbgi @ mesej:  013-4712984 013-2188477 019-3897506 012-9918468.Tksh

Jumpa lagi.

---{@
mrsmohd


Tuesday, 4 December 2012

PERLUKAN KEKASIH, TEMAN & KEKUATAN

 
 
Andainya kau perlukan kekasih pilihlah ALLAH SWT,
Jika perlukan teman bicara pilihlah al Quran ,
jika perlukan kekuatan ,maka berdoalah
jika kau habis berusaha bertawakallah...

Biar nafsu sunyi tanpa godaan,
Biar kaki sunyi tanpa berjalan,
Tetapi jangan biar akal sunyi tanpa ilmu ,
Dan jangan biar hati sunyi tanpa ALLAH SWT...

Pakaian apa yang paling cantik

kalau bukan iman dan taqwa ,
Warna apa yang paling indah
kalau bukan syukur dan sabar...



kongsi-rasa,
mrsmohd

Wednesday, 28 November 2012

UBAH CARA - DIDIK GUNA TEKNIK NABI

*Selesai makmal Crypto. Rehat sekejap untuk kemaskini maklumat FB - Hasanah Muslim Shop & KedaiMuslim Hasanah. Produk pilihan BIOFIBER & SUSU GASTRO-LAC keluaran EraEdar.


Semalam, agak tersentuh apabila membaca blog Ustazah Khadijah.  9 bulan usaha yang dijalankan membuahkan hasil apabila 100%  pelajar 5 Omar lulus. mrsmohd selama ini masih berekperimen tanpa rasa jemu cuma semangat ada naik turunnya. Tiga tahun belum mampu menentukan kejayaan, itupun bukan sepenuh masa dapat diperuntukan. Pelbagai cara dan teknik dicuba dan diaplikasikan untuk mendidik anak-anaksoleh. Muhasabah diri perlu bagi memperbaiki diri dan cara didikan. Dushhh ..amek kaw, bila petikan di bawah dibaca. 

“Ustazah, kenapa ustazah tak garang macam guru-guru lain? Ustazah tidak marah-marah saya tidak pakai songkok dan stokin.”

“Kerana Nabi tidak pernah memarahi atau memukul orang yang buat salah. Nabi buat baik pada semua orang tidak kira orang itu orang baik atau tidak. Ustazah mahu ikut Nabi, kerana itu ustazah tidak mahu marah-marah dan pukul kamu.” Jawab Ustazah.

Masya Allah, mrsmohd suka marah dan kadang-kadang bila kesabaran tidak terkawal pasti ada yang kena. mrsmohd agak tersasar dan perlu berpatah balik dengan mempraktikkan MENDIDIK GUNA TEKNIK NABI. Azam Maal Hijrah tahun ini (belum terlambat rasanya), mrsmohd nak menggunakan TEKNIK NABI untuk mendidik anaksoleh di rumah.  Mula-mula mrsmohd kena berubah dengan penuh kesabaran dan kekuatan untuk mematuhi peraturan MENDIDIK DENGAN TEKNIK NABI. Peraturannya adalah SALAH jika kita menegur dengan:
1.      MARAH
2.      MENGKRITIK
3.      MENASIHATI

"Jangan harapkan orang lain berubah, jika kita sendiri tidak mampu berubah" – Ustaz Pahrol.
"Ubah diri kita dulu, kemudian persekitaran dan orang lain akan berubah" – Ustaz Pahrol.
“Ya Allah murnikan niatku untuk mendidik amanahMu Ya Rahman Ya Rahim, Amin”
Sekian.

 

kongsi-rasa,
--------{@
mrsmohd

Tuesday, 27 November 2012

PENGHORMATAN BUAT ABAH

Tribute to Abah - Allahyarham KADIR BIN HASHIM (1952-2001)

Catatan ini adalah sambungan daripada catatan ABAH - Semai Tabiat Membaca. Tanda ingatan buat abah yang sentiasa dirindui.

Abah seorang pembersih
Abah akan mengambail masa yang lama untuk berus gigi dan mandi antara 30 minit ke sejam. Hasilnya,  gigi abah sangat cantik dan masih kuat walau telah berumur 50 tahun. Tiada gusi yang lopong tanpa gigi, apatah lagi menggunakan gigi palsu. Abah pun hensem dan putih, ini mungkin sebab tabiat suka mandi lama :)

Abah seorang yang kemas
Pergi ke mana sahaja abah mesti pastikan bajunya dan seluarnya digosok terlebih dulu. Abah memang tak gosok baju sendiri. Masa kami kecil mak yang gosok. Bila kami dah besar, apalagi tugas ini diambil alih oleh kami adik beradik. Sebab itu sampai sekarang kami suka gosok baju. Ye ka?
  
Abah tegas
Abah paling tak suka kalau kami menangis. Abah tak kisah kalau kami main dan bergaduh cuma jangan menangis. Kalau menangis memang cari pasal, sebab abah akan pastikan kami nangis lebih lama. Uwaaaaaaaaaa…..kami akan dibantai lebih teruk.

Abah nak kami berdikari
Abah tak akan hantar kami ke mana jua sekiranya perkara tersebut mampu kami lakukan sendiri. Dulu rasa marah pun ada, sedih juga bila abah orang lain manjakan anak-anaknya walaupun dekat pasti akan dihantar ke mana sahaja. Kadang-kadang terasa seperti ‘tidak disayangi’. Kini baru aku tahu hikmahnya. Abah macam tahu umurnya tak panjang jadi anak-anak dididik berdikari sejak kecil. Ini membuatkan kami membesar sebagai seorang yang berani dan berdikari termasuk dalam membuat keputusan dan merancang hidup

Abah tak berkompromi.
Jika anak-anak tak lakukan apa yang abah minta kami buat untuk kebaikan kami sendiri, abah akan tidak berganjak dengan keputusannya. Hikmahnya, abah nak kami berusaha untuk kebaikan diri sendiri, kemudian usaha kami itu akan dibantu dan dimurnikan oleh abah dan mak.

Abah suka minum air kopi
Aku pun suka kopi. Bila abah suka minum, jadi kami adik beradik yang ditugaskan untuk menyediakannya. Abah akan minum minuman manis selepas makan.
"Dah, buatkan abah air" masih terngiang-ngiang permintaan beliau.
"Adik pandai buat air, buat air kat abah sat!" pujuk abah.

Abah selalu ingat kami
Tabiat yang satu ini amat menyentuh hati apabila dikenang kembali. I miss it so much, really do. Abah tak akan lupa belikan kami makanan bila dia keluar dan nak balik ke rumah walaupun telah lewat malam. Atas tuntutan kerja dan tanggungjawab abah memang selalu balik lewat malam atau awal pagi. Kami semua pasti akan dikejutnya berulang kali dan abah akan pastikan kami kami bangun untuk makanan yang telah dia beli. Kami pun sangat suka sebenarnya, saja buat-buat tidur. Antara menu kegemaran kami yang sangat difahami oleh abah adalah burger special, bihun sup dan laksa. Semua ini telah jadi kenangan indah yang abadi.

Abah pandai masak
Abah masak campak-campak. Antara resepi abah mee goreng dan bihun goreng. Sekali sekala abah masak memang sedap untuk bagi peluang kat mak rehat. Abah masak memang sedap, walaupun asal apa je yag ada kat depan dia. Kuah kari pun boleh jadi masuk dalam nasi goreng dan bihun goreng.  Abah pernah buat masak air keropok. Mesti tak ramai yang tahu resepi ini. Pernah masak kat rumah sewa, semua pun macam terkejut . Tapi sedap tau cubalah boleh cuba kalau tak percaya.
Abah kalau tak masak, dia suka duduk di dapur bila orang memasak. Jadi tok dan adik-adik mak (Che Na dan Che Do terutama yang suka bergurau dengan abah) memang sayang dan suka abah. Abah akan bergurau dan jadi tukang rasa.

Tulisan abah kemas dan cantik
Abah kidal orangnya. Kami adik beradik memang banyak ikut ciri abah yang satu ini. Abah tulis condong sedikit ala-ala tulisan orang dulu-dulu yang bersambung. Tulisan abah sangat cantik dan sangat kemas walaupun ditulis dengan pen.

Abah terror English
Abah belajar sekolah orang putih dulu. Jadi abah memang boleh ‘speaking London’. Bila nak tidur malam kami adik beradik mesti cakap good night dan tunggu jawapan abah dulu baru masuk tidur.

Abah kelakar
Abah memang suka buat lawak. Abah suka usik mak dan adik-adik mak dengan bahasa kelantannya.

Menantu kesayangan tok
Kalau ikut mak, abah suka bawa tok pergi pekan. Jadi tok memang sangat suka dekat abah sebab senang untuk minta tolong.

Di akhir umurnya aku tahu, abah merupakan ABAH TERBAIK IN THE WORLD buat aku. Terima kasih abah atas didikan secara langsung dan tidak langsung yang telah mendewasakan kami menjadi orang yang berguna dan pandai berdikari. Sayang Abah.

*[sumber foto]

 
opsss...time for Phd. Hari ini nak tengok semula apa yang patut:
# ditulis dalam laporan kemajuan sem i, 2012/13. Tarikh akhir 2 Dis.
# Esok ada kelas Crypto 2 jam, RSA dan ECC - revise slide.

-mrsmohd
11.15am

Abah - Semai Tabiat Membaca

ABAH,  pergi tak kembali lagi. Menyahut panggilan ilahi di suatu subuh hening sebelas tahun yang lalu. Adakalanya rindu itu datang yang mengundang sayu.

Abah kami rindu abah sangat.
Moga abah dirahmati selalu.
Kami akan berusaha menjadi anak soleh walau di mana berada.
Kami sayang abah.
 
Kegundahan kali ini cuba diatasi dan diselami dengan menulis. Menulis tentang abah.
 
Abah suka membaca
Tak kira apapun bahan bacaannya. Kalau abah dapat surat khabar pasti berjam-jam lamanya, iklan pun abah baca rasanya. Abah paling suka majalah GILA-GILA. Abah langgan majalah ini setiap bulan. Kelakarnya apabila diari aku pun abah baca. Diari itu merupakan beberapa deretan diari lama yang tersimpan kemas di atas almari di dalam bilik. Sebenarnya kalau mak tak maklumkan, sampai ke hari ini pasti perkara ini masih menjadi rahsia.  Mulanya agak malu juga, tapi buat apa nak malu sebab abah yang baca. Lagipun abah tak ada komen apa-apa dan diam sahaja. 
“Sporting juga abah aku rupanya” hati berbicara.
Melentur buluh biar dari rebungnya. Alhamdulillah, tabiat dan hobi membaca yang baik ini melekat kuat pada semua anak-anak abah menjadikan kami orang yang cintakan ilmu sejak kecil sehingga kini. Kami pantang jumpa buku/majalah/surat khabar. Berlumba-lumba ingin membaca. Adik suka baca dan kumpul novel.  Aku awal-awal dulu suka baca novel juga tapi sekarang dah lebih kepada buku bercorak keagamaan, keusahawanan, keibubapaan dan motivasi kehidupan.  Pemilihan buku mungkin mengikut faktor usia. Apapun, TERIMA KASIH ABAH.

Hikmahnya, sedaya upaya kami menanamkan tabiat yang sama di rumah buat anak-anak soleh tersayang. Setiap ruang pasti ada buku. Ada rak yang dipenuhi dengan buku. Semoga budaya ini dapat diteruskan ke generasi akan datang. Bahan bacaan adalah sumber ilmu sebagai pembentuk minda, penjana arah tuju hidup dan pencerna pedoman di kala susah dan senang untuk masa depan yang cerah.


Ini E-ein. Membaca perlu dipupuk sejak kecil. 


Amalan semasa seisi keluarga (masih berusaha)
  • Istiqamah membaca Al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • Langganan majalah bulanan mengikut kategori dan usia anak-anak soleh
  • Galakkan membaca dan membaca dengan persekitaran yang harmoni
  • Ke mana jua bersama buku.

"Ya Allah jadikan hambaMu di kalangan mereka yang suka mencari ilmu dan beramal dengan ilmu yang dicari itu demi kebaikan dunia akhirat kami. Amiiin."


-mrsmohd
7.13pm, 27.11.12

Tuesday, 26 June 2012

KEBAHAGIAAN DENGAN TAWAKAL



KEBAHAGIAAN DENGAN TAWAKAL

Ya Allah, tiga tahun telah berlalu
Masih dibuai alpa dan leka
Begitu ghairah menyusuri rumah tangga
Mengecapi dunia baru dan mehnah berumah tangga
Bertungkus lumus bekerja,
Baik di pejabat mahupun di rumah
Perhatian bukan sedikit diluangkan buat anak-anak
Semuanya ku kira amanahMu.

Malangnya, tanpa sedar,
Hikmah tawakal ditepikan.
Hidupku bagaikan hanyut,
Hilang arah dan tujuan.
Gelisah dipalit resah, gundah jadinya

Ya Rabb,
Moga sedarku masih belum terlewat.
Kembali ke fitrah asal
Ampunkan hambaMu
Kanda redhailah isterimu
Maafkan ibu, anak-anakku

Ibu seharusnya berusaha, mendidik
Mengajar dan mengasuh kalian
Namun pertolongan dan petunjuk
Kejayaan usaha itu, juga hasilnya
Berserah semua padaNya.

Sesungguhnya, padanya kita bertawakal.
Akhirnya, pasti KEBAHAGIAAN SEBENAR bakal ditemui.

p/s: di sinilah medan luahan rasa di kala gundah. Tiada yang sakit hati, tiada yang naik darah.

kongsi-rasa,

-----{@
mrsmohd
21.06.2012

Friday, 22 June 2012

AL-QURAN TIDAK TERBAKAR

Semasa kejadian Tsunami di Acheh, sesuatu yang menakjubkan beberapa masjid terselamat tanpa sebarang kerosakan di tengah-tengah timbunan rumah, lumpur, bahan hanyut dan mayat.  Lebih menakjubkan, bukan sahaja masjid yang dibina dengan struktur yang kuat seperti batu malahan juga masjid bersturuktur lama daripada kayu masih berada dalam keadaan yang baik. Kebesaran dan kuasa ALLAH swt. menjaga rumahNYA. Sesungguhnya MASJID adalah RUMAH ALLAH.

Daripada Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah s.a.w. bersabda ”Sesungguhnya rumah-rumah Allah di bumi ini adalah masjid-masjid, dan sesungguhnya hak (wajib) atas Allah untuk memuliakan orang yang menziarahinya di masjid-masjid.” (Riwayat Thabrani) [1]

Jumaat lepas 22.06.12, ibu mendapat khabar yang mengejutkan - kebakaran rumah seorang sahabat. Rumahnya hangus sama sekali. Namun yang menakjubkan adalah AL-QURAN terselamat di atas rak buku di mana dokumen dan buku-buku yang lain terbakar. 

Status FB beliau menyatakan:
"(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Innā lillāhi wa innā ilayɦi rāji’ŭn" (sesungguhnya kita semua milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya-lah kita semua akan kembali." (Surah Al-Baqarah Ayat 156)

Gambar ni adalah Al-Quran dan Tafsir yg terselamat yg diletakkan di rak buku sedangkan dokumen dan buku yg lain habis hangus di rak yg sama...Allahuakbar...di Jumaat yg penuh berkah ini....marilah kita bykkan istighfar dan memuji kebesaran Allah...


Inilah Al-Quran yang terbakar itu, masih dalam keadaan baik.



Al-Quran dijaga oleh ALLAH SWT sebagaimana firmanNYA yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (al-Hijr: 9) 
[2]

Iktibarnya, ALLAH sentiasa dekat dengan kita. Menjaga hakNYA. Pastikan anaksoleh ibu memuliakan masjid dan Al-Quran. Sebaiknya bagi anaksoleh lelaki sedaya usaha setiap waktu solat di masjid. Marilah kita membudayakan Al-Quran di dalam diri. Setiap hari usahakan sebaiknya 10 ayat, setidak-tidaknya 1 ayat. Pastikan, setahun khatam 1 kali Al-Quran.     

-----{@
anasolehah
22.06.2012

Wednesday, 20 June 2012

HORMATI PENSYARAH & GURU

"Ptuuuuui, macam bagus sangat",  komen seorang pelajar terhadap pensyarahnya di laman Twiitter bila tidak berpuas hati dengan markah diterima. Sabar ye sahabat, inilah dugaan pendidik hari ini.

Luruh, hancur perasaan seorang pensyarah. Inikah anak didiknya? Inikah pelajar harapan bangsa, harapan negara? Ke mana hilangnya rasa hormat, adab dan sensitiviti pelajar ke atas guru dan mereka yang lebih tua. Tidakkah mereka tahu kenapa mengapa pensyarah dan guru perlu dihormati.


                                                               [sumber: blog ellepunye]

"Ya Allah berilah hidayah untuk anak2 remaja (anak2 dan pelajar2 kami) untuk ubah sikapnya. Lebih menyantuni dan menghormati orang yang lebih tua lebih2 lagi guru dan pensyarah mereka., Amin"

Zaman dah berubah, dulu lain sekarang lain. Anak perlu dididik mengikut zamannya.
Zaman dah berubah, cara didikan seharusnya turut berbeza.

Jika inilah keadaannya.

Fikir-fikir!
  • apa dah jadi dengan anak2 kita?
  • apa sudah jadi dengan anak remaja kita?
  • apa dah jadi dengan sistem pendidikan kita?
  • apa dah jadi dengan ibu bapa?
  • apa peranan saya?
  • apa peranan kita?
  • bagaimana saya/kita dapat membantu?
  • di mana harus dimulakan pendidikan itu?

Jawapannya, kembali kepada AGAMA ISLAM, KENAL ALLAH.
Laksanakan yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Belajar juga bagaimana nak DIDIK GUNA TEKNIK RASULLULLAH (DGTR).

Berkata-kata memang mudah, namun perlaksanaannya perlukan KERJASAMA & ISTIQAMAH semua pihak. Apapun, kalau semua mahu pasti BOLEH. Remaja dan anak-anak zaman kini adalah penentu generasi dan pemimpin akan datang. Maju mundur sebuah bangsa dan negara.

MABRUK DR JAMA

Jama viva dengan jayanya semalam - 19 Jun 2012, Selasa.
Saya bila lagi?


Senyum kepuasan.

You deserve it DR JAMA!, after all hardwork and sacrife.

Thursday, 14 June 2012

DIDIK ANAKSOLEH BASUH PINGGAN

Pengalaman Didik anaksoleh Basuh Pinggan

Kebiasaan tinggal di kotaraya KL, jam 6pm keluar pejabat dan paling awal pukul 7.30pm tiba di rumah. Setelah bertegur sapa seketika, ibu berkobar-kobar menuju ke dapur untuk menyediakan juadah makan malam.

“Hah! Penuhnya pinggan dalam sink.” Masa telah hampir Maghrib.
“Macam mana nak masak ni”

Alangkah berserabut kepala apabila tengok sink yang penuh. Cuba tengok sink di bawah, dapat rasakan tak keserabutan itu? Nak masak lagi, basuh pinggan lagi, kemas dapur huhuhu.

Jika berterusan begini, pastinya mengundang stress perpanjangan. Mana stress di jalan raya, penat bekerja. Sekurang-kurangnya sink yang kosong menjadi TERAPI seketika untuk kerja selanjutnya di rumah bukannya PENAMBAH STRESS. Usah gundah dan risau fikir positif, positif. 

"Idea..idea..datang cepat."

"Tiiiiing!"

Anak2 perlu dididik lebih BERDISIPLIN dan BERTANGGUNGJAWAB. Mulai esok setiap orang mesti basuh pinggan masing-masing setelah selesai makan.

Syaratnya:
  1. Pemantauan dan peringatan berterusan perlu dibuat.
  2. Di peringkat awal kena pastikan sesiapa yang habis makan dulu perlu membasuh pinggan sama ada pinggan yang digunakan atau pinggan yang telah ada di dalam sink. Jika tidak, anak soleh yang seterusnya juga akan membiarkan pinggan tidak berbasuh. Pinggan pasti bertimbun lagi. 
  3. Pastinya ibu bapa adalah mereka yang utama perlu mematuhi syarat ini.
Alhamdulillah, walau mengambil masa beberapa hari dipraktikkan amalan basuh pinggan telah menjadi AMALAN RUTIN bagi setiap orang dalam keluarga. Peraturan ini dikecualikan bagi anaksoleh4 yang baru berusia 5 tahun pada 2009. 




Berbeza bukan! Sekarang ibu dapat memasak dengan lebih tenang. Dalam masa yang sama anak-anak dapat dididik agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Alhamdulillah, moga idea-idea yang baik dikurniakan oleh ALLAH berterusan buat ibu2soleh sekalian :)

IbuTiri*baik
15.06.2012

Tuesday, 12 June 2012

SENARAI TEKNIK2 DIDIK CARA RASULULLAH

DIDIK GUNA TEKNIK RASULULLAH

  1. Aplikasi Teknik Menyelesaikan Pergaduhan berdasarkan Hadith Menjaga Perpaduan dalam Barisan Kepimpinan [13.06.12] Aplikasi [xx.xx.12] Impak [xx.xx.12]

DIDIK ANAK SOLEH GUNA TEKNIK RASULULLAH

Teknik ini dikongsi oleh seorang ustazah, namanya Siti Khadijah (USK). Prof Muhaya yang berkongsi dengan pendengar radio IKIM.fm. Tanpa berlengah laman USK dilayari dan terus jatuh hati. Pastinya dengan tekad, teknik2 ini perlu diamati dan dihayati yang pastinya sesuai dipraktikkan untuk mendidik anak2 soleh (A2S) di rumah. Rasulullah ikutan terbaik dan terkenal dengan akhlak mulia. Bilamana generasi mulia ingin dipupuk pastinya teknik Rasulullah adalah yang terbaik. 

IKTIBAR TEKNIK 1
Aplikasi Teknik Menyelesaikan Pergaduhan berdasarkan Hadith Menjaga Perpaduan dalam Barisan Kepimpinan
 
Antara petikan dari Laman USK

Abdullah bin Abi Aufa melaporkan bahawa Abdul Rahman bin Auf pernah mengadu kepada Nabi Muhammad tentang Khalid al-Walid. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada Khalid, "Wahai Khalid, janganlah saudara menyakiti lelaki yang menjadi anggota tentera Perang Badar. Andai kata saudara bersedekah dengan emas sebesar Gunung Uhud, tentu saudara masih tidak dapat menyaingi amalannya." Khalid al-Walid pun berkata, "Wahai Rasul Allah, mereka menuduh saya, sedangkan yang dimaksudkan adalah mereka." Nabi Muhammad berkata, "Janganlah menyakiti Khalid, sesungguhnya dia adalah pedang daripada pedang-pedang Allah 'azza wa jalla. Allah menghantarkan dia bagi memerangi orang-orang kafir." - Hadith ini direkodkan dalam koleksi hadith-hadith autentik Ibn Hibban. ~Kredit Blog Tim Hadith Psikologi


Dalam hadith ini, Nabi Muhammad menggunakan beberapa strategi bagi menyelesaikan pergaduhan yang berlaku di antara Abdul Rahman bin Auf dan Khalid al-Walid. Strategi tersebut ialah;
  1. Mengalihkan pandangan kedua-dua pihak yang bermusuhan itu daripada melihat kelemahan dan kesalahan musuhnya kepada melihat kehebatan dan kemuliaan musuh.
  2. Menukar perasaan sakit hati dan benci terhadap musuhnya kepada perasaan menghormati, memuliakan dan mengagumi musuhnya.
  3. Memperkenalkan peraturan interaksi sosial yang dikenakan ke atas kedua-dua belah pihak.


Tindakan USK:
"Namun tidak pula saya bertanya apakah yang sebenarnya berlaku kerana mengikut Teknik Nabi Muhammad yang tidak menyiasat kesalahan."

"Pergaduhan dapat selesai tanpa saya perlu menyiasat punca mereka bergaduh, menegur, mengkritik atau memarahi perbuatan mereka yang bergaduh dan menghukum mana-mana pelajar atas kesalahan bergaduh."

"Sebaliknya saya menerangkan kebaikan masing-masing. Teknik yang saya gunakan adalah menggantikan perasaan sakit hati kepada perasaan suka dan puas hati hasil menerima pujian daripada orang besar (vip) iaitu ustazah mereka."

Insya Allah akan dikongsi cerita selepas dipraktikkan :)
  
Ibu A2S
13.06.12

Orang mukmin, sifatnya ...


[sumber: http://khalifahiskandar.blogspot.com]
Ini sifat orang mu'min;

☑ 1. Hayyinun = mengambil mudah dengan sesuatu perkara seperti mudah berurusan dengannya, mudah untuk bersahabat atau berkawan, mudah menolong, mudah memaafkan dll.

☑ 2. Layyinun = berlemah lembut & tidak kasar.

 ◆ Sayyidina Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Orang mukmin itu mudah (hayyinun) & berlemah lembut (layyinun) sehingga kamu akan menyangkanya seorang yang bodoh disebabkan sifat lemah lembutnya".
~ Riwayat Imam Baihaqi rahimahullah.

* JazakaAllahu a'nna khairal jaza' Tuan Termizi Yaacob atas tazkirah yang sangat besar maknanya untuk saya (khususnya) & anda (umumnya).

~ Dipetik dari FB. 

Friday, 8 June 2012

MANUSIA & IBADAH - peta minda

Setiap hari Jumaat pasti ada aktiviti sampingan semasa di Hasanah.
Hari ini terfikir nak buat peta minda (jika boleh dikata begitu, atau nota bentuk struktur)

Inilah hasil yang pertama - TUJUAN ALLAH JADIKAN MANUSIA


Insya Allah akan ditampal untuk tatapan anakanda soleh solehah di rumah.


Semoga berhasil memberi gambaran untuk anak2 ibu mengenai hubungan kita dengan Allah dan fungsi utama kita sebagai khalifah dan hamba Allah yang dijadikan untuk berIBADAH kepadaNYA.


Hasil kedua pula - IBADAH


Sumber-sumber yang diperlukan, mengikut kuantiti - sikit dan banyak.



INGAT ALLAH SELALU! Juga sifat-sifat mulia yang perlu diamalkan sebagai mukmin

Moga dapat beri manfaat pada kita semua, wallahu'alam.

Ibu - anak soleh.
07.06.2012

Tuesday, 3 April 2012

RANKING PENYAKIT - PEMBUNUH DI MALAYSIA

PEMBUNUH DI MALAYSIA bagi penyakit:

No. 1 - Serangan Jantung
No. 2 - Kanser
  • Kanser servik merupakan pembunuh no 2 kanser selepas kanser payudara di Malaysia.

Lagi menarik:

KANSER PEMBUNUH WANITA DI MALAYSIA

Kanser Adalah Pembunuh No. 2 Di Malaysia
http://www.anuarkarimz.com/kesihatan/kanser-adalah-pembunuh-no-2-di-malaysia/

Habbatus Sauda MINSYAM (dari Syria)

Hasanah:
Produk Minsyam memang mendapat permintaan yang tinggi bukan saya di Hasanah Muslim Shop malah di serata Malaysia juga Indonesia. Hari ini berkesempatan untuk 'google'.

Nabi s.a.w. bersabda: “Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu penawar bagi segala penyakit kecuali mati” (riwayat Bukhari)

Minsyam memilih untuk meningkatkan kualiti minyak habbatus sauda dengan memperkenalkan minyak habbatus sauda emas (gold habbatus sauda). Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik perahan yang menggunakan teknik kehangatan rendah iaitu 25 darjah celsius. (sedangkan suhu badan manusia ialah 37darjah celsius). Tidak dinafikan sekiranya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan, maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Bagaimanapun, ciri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah. Sebagai contoh, sekiranya 1kg biji habbatus sauda diperah dengan teknik panas, akan dapat menghasilkan di antara 500g-750g minyak habbatus sauda. Berbanding dengan 150g kalau dihasilkan melalui perahan sejuk.

Dan jelas minyak habbatus sauda perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan, berbanding perahan panas yang berwarna gelap. Analogi yang mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru akan berwarna kuning keemasan, tapi apabila telah digunakan beberapa kali atau dihangatkan berkali-kali, warnanya akan menjadi gelap. Dan tidak lagi berkhasiat.
Masyarakat yunani purba telah menggunakan Habbatus Sauda sejak 5000 tahun yang lampau untuk tujuan perubatan. Mayat raja Yunani pada masa itu akan ditanam bersama dengan Jintan Hitam untuk berfungsi sebagai pengawet mayat. Ahli perubatan Yunani Kuno,Galen telah menggunakan Habbatus Sauda dalam rawatan perubatan . Beliau merupakan tabib diraja bagi Maharaja Aurelius. Ahli perubatan Firaun telah mengenali Habbatus Sauda sejak 4000 tahun lampau. Dalam kubur Tuthakamun ditemui bekas khas Amphora yang digunakan untuk menyimpan minyak Habbatus Sauda. Ratu Nefertiti zaman firaun menggunakan habbatus sauda untuk menjadi cantik. Cleopatra seorang ratu Mesir,merawat tubuhnya dengan menggunakan minyak habbatus sauda dalam susu untuk mandian baginda. Bani Israel telah mengamalkan memakan minyak habbatus sauda bahkan ia menjadi ladang pertanian semasa zaman Nabi Sulaiman,Nabi Daud dan Nabi Musa.
Ibnu sina dalam Qanun fil al tibb menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga ,membantu memulihkan kepenatan,membantu dalam kelelahan kronik serta memberi kesan terapi. Albiruni pula menyebut bahawa orang China dan India menggunakan bahan pemakanan sejak kurun ke 10 lagi. Banyak penyakit yang boleh sembuh dengan habbatus sauda dengan izin Allah iaitu kembung,susu ibu,sakit gigi,kulit berkudis,buasir,kusta ,gigitan anjing gila dan banyak lagi.....

KEBAIKAN Sauda':
ANALISIS KE ATAS MINYAK
Analisis telah menunjukkan bahawa Minyak Habbatus Sauda' mengandungi 0,5-1.5% essential oil. Ia mempunyai kesan holistic dengan baunya sahaja boleh mencetus pengluaran hormone dan bahan pembawa (messenger substance). Sebagai minyak ia dihadam masuk ke dalam salur limfa (lymphatic vessel) dalam usus, meresap ke dalam untuk membuka laluan dan membuang sumbatan (decongest) dalam kor sistem lymphatic.
KAEDAH PENGAMBILAN
LUARAN
Bila disapu di luaran ia ada tindakbalas rubefacient ( membekas dan merangsang peredaran darah ditempat yang digosok) dan kesan bius tempatan lembut (local anaesthetic effect)
DALAMAN
Bila diambil secara dalaman, ia menyebabkan rembesan saliva, menjadi expectorant (Mengeluarkan kahak, mucus dan hingus dari paru-paru, bronkus dan trachea), melegakan kembung dan angin, colic sakit perut dan kesan purgative (pengeluaran isi perut)
HIDUAN
Bila dihidu aromanya ia merembes cecair badan, dan melegakan salur nafas yang tersumbat (congestion of the bronchioles)
TINDAK BALAS HABBATUS SAUDA' KEMUNGKINAN SEBAB/PUNCA
Berikut adalah senarai beberapa tindak balas awal yang mungkin berlaku jika mula-mula mengambil Habbatus Sauda':
1. Muntah (Masalah sistem penghadaman)
2. Demam (Masalah usus kecil / besar)
3. Najis berdarah (Masalah anus (lubang dubur) dan buasir)
4. Cirit-birit (Masalah limpa / hati)
5. Berpeluh (pengeluaran haba dalam badan)
6. Sengal bahagian sendi (Masalah urat darah dan reaksi kelebihan asid uric)
7. Sakit Pinggang (Masalah buah pinggang)
8. Sakit tekak / kerongkong (Masalah paru-paru)
9. Kencing berbau (Masalah buah pinggang)
11. Kencing manis bertambah (Masalah hati dan pancreas)
12. Pengeluaran haid berlebihan (Proses perubatan hormon dan masalah limpa)
13. Bertambah selera makan (Proses perubatan kolestrol)
14. Bengkak anggota badan (Masalah buah pinggang)
15. Gatal hidung (Masalah resdung dan alahan)




Menguatkan Sistem Pertahanan badan (Immune System) pada diri manusia.
1. Makan beberapa titis minyak atau 5-7 biji Habbatus Sauda' untuk dimakan setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan secara berterusan.
2. Jika mempunyai masalah yang lebih berat, maka disyorkan mengambil satu sudu teh (5ml) sebelum sarapan pagi.
3. Selain dari itu sebagai alternatif Habbatus Sauda' boleh di ambil sebagai kapsul atau kapsul minyak Habbatus Sauda'. Dosage adalah mengikut saranan pengeluar. Salah satu penemuan awal dalam kajian ke atas Habbatus Sauda ialah keupayaannya meningkatkan sistem pertahanan badan.
“ Habbatus Sauda' memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser.Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus Sauda' memperkuat sistem pertahanan badan. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel ”.Dr. Stanley Kopok,
University of Arizona, USA
Kesan pengambilan Habbatus Sauda' dengan nilai pemakanan dan nilai perubatannya, bukan sahaja ia membantu memulihkan keadaan semasa tetapi ia juga membantu tubuh membina daya ketahanan terhadap kemungkinan serangan penyakit.




KECERGASAN MINDA
Tenaga untuk mengulangkaji pelajaran
Minum ½ sudu minyak Habbatus Sauda', atau campurkan dengan minuman panas.
Menguatkan Ingatan/MEMORY IMPROVEMENT
Satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' dicampur dengan 100 mg daun MINT yang direbus. Selain dari itu biji Habbatus Sauda' yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam minuman panas. Ia diminum ketika diperlukan.


KENCING MANIS / DIABETES
Kencing Manis / DIABETES
1. Amalkan minum satu sudu teh (5ml) minyak Habbatus Sauda' sebelum sarapan pagi.
2. Campurkan satu cawan biji water cress (Nasturtium microphyllum) dengan secawan Habbatus Sauda', setengah cawan kulit pomegranate, san setengah cawan fumitory (Fumaria officinalis). Hancurkan sehingga jadi tepung, ambil setengah sudu campuran itu dengan satu sudu (5ml) minyak dara Habbatus Sauda' setiap pagi sebelum sarapan selama sebulan.
Peringatan:
Sebarang kaedah rawatan kencing manis hendaklah diselaraskan dengan nasihat doktor. Pengetahuan tentang penyakit ini amat penting dalam mengawalnya.
Habbatus Sauda'
1. Menolong mengurangkan rasa lesu dan lethargic pada pengidap kencing manis. Hidup akan menjadi lebih aktif dan bermaya.
2. Menolong mengurangkan tahap gula dalam darah. Ada kes-kes di mananpengambilan Habbatus Sauda menyebabkan penurunan gula dalam darah dengan mendadak (hypoglycemia) tahap gula dalam darah yang rendah adalah amat merbahaya. Ia boleh menyebabkan pengsan dan fatality. Oleh sebab itulah pengambilan Habbatus Sauda' mestilah diselaraskan dengan rawatan konvensional.
Antara langkah yang mungkin perlu diambil ialah:
1. Jangan makan Habbatus Sauda' jika perut kosong
2. Mengurang atau menambah kuantiti pengambilan Habbatus Sauda' mengikut tahap gula dalam darah. Adalah penting untuk pengidap kencing manis untuk memantau tahap gula mereka di klinik atau hospital.nAlat-alat pembacaan tahap gula dalam darah boleh dibeli dengan harga yang berpatutan.
3. Mengikut nasihat doktor dalam pemakanan.
4. Pengambilan Habbatus Sauda' juga boleh menolong mengurangkan kesan sampingan akibat kencing manis seperti kerosakan pada saraf hujung anggota badan (peripheral neuropathy), kerosakan kepada hati (liver), mata dan buah pinggang.
5. Biasanya penyakit kencing manis akan diiringi oleh masalah-masalah kesihatan yang lain seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung, dan sebagainya. Pengambilan Habbatus Sauda' dapat mengurangkan penderitaan pengidap penyakit ini.
Seorang yang mengidap diabetes tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang cukup untuk menggunakannya dengan efektif, sehingga menyebabkan tahap gula (glucose) dalam darah menjadi tinggi. Dengan peredaran masa, ketidakseimbangan ini akan
menyebabkan sakit jantung, kerosakan saraf, sakit ginjal, hilang penglihatan dan lain-lain komplikasi.
Ada dua jenis diabetes:
Type 1:
Diabetes bergantung dengan insulin yang biasanya terjadi sebelum umur 30 tahun.
Type 2:
Diabetes tidak bergantung kepada insulin yang menjadi 90% dari keseluruhan kes-kes diabetes biasanya muncul selepas umur 45 tahun.
Type 1 terjadi bila pankreas berhenti menghasilkan insulin.
Sebab-sebabnya tidak diketahui, berkemungkinan besar disebabkan oleh tindak balas auto-immun. Pengidap jenis ini mesti mengambil insulin sepanjang hidup mereka.
Jenis diabetes Type 2 terjadi apabila berlaku tentangan terhadap fungsi insulin. Pankreas mengeluarkan secukupnya insulin tetapi sel-sel badan tidak bertindakbalas kepadanya. Gemuk yang berlebihan adalah penyebab utama. Faktor genetik / keturunan juga
memainkan peranan utama. Habbatus Sauda' adalah herba yang efektif untuk menurunkan tahap gula dalam darah.
Selain dari itu seorang pengidap diabetes hendaklah:
Bersenam selalu, turunkan berat badan ia dapat menolong mengawal daibetes Makan makanan yang kurang gula dan lebih banyak fibre atau serat.
KANSER
Melawan & menghancurkan sel-sel kanser/tumor.
Makan beberapa titis minyak atau biji HabbatusSauda' untuk dimakan setiap pagi sebelum sarapan.
Rawatan untuk Kanser:
Campurkan 1 kg minyak Habbatus Sauda' dengan 1 kg madu asli kemudian panaskan selama 15 minit, selepas itu campurkan ½ cawan jus lemon dan biarkan ia sejuk. Ambil 2 sudu teh campuran ini setiap pagi selama 3 minggu atau lebih.
Semasa rawatan Radiotherapi/chemotherapi
Minum satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' setiap hari.
Mencegah Kanser
1. Amalkan beberapa titis minyak atau 5-7 biji HabbatusSauda' untuk dimakan setiap pagi sebelum sarapan. Minum satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' sebelum sarapan.
2. 2 sudu teh minyak Habbatus Sauda' 2 sudu teh biji Habbatus Sauda' yang ditumbuk halus,1 sudu teh royal jelly, Panaskan sedikit minyak Habbatus Sauda dalam kuali, campurkan dengan biji yang telah ditumbuk halus, kemudian gaulkan dengan royal jelly dan angkat. Simpan ditempat yang sejuk.
Ambil satu sudu teh campuran ini sebelum makan 3 kali sehari. Amal selama 6 minggu kemudian selepas itu kurangkan dos nya kepada 2 kali sehari.
Keupayaan Habbatus Sauda untuk melawan, mencegah dan merawat kanser telah dibuktikan dalam kajian saintifik. Untuk contoh-contoh kajian yang telah dijalankan,
Di bawah ini adalah contoh kajian in vitro yang dibuat mengenai kanser payudara dan Habbatus Sauda':
1. Farah, I.O., Begum, R.A. Effect of Nigella sativa (N. sativa L.) and oxidative stress on the survival pattern of MCF-7 breast cancer cells. Biomed Sci Instrum. 2003;39:359-64.;
2. Farah, I.O., Assessment of Cellular Responses to Oxidative Stress using MCF-7 Breast Cancer Cells, Black Seed (N. Sativa L.) Extracts and H2O2. Int. J. Environ. Res. Public Health 2005, 2(3), 411-419 Pengkaji tersebut ialah Dr. Ibrahim O. Farah dari Department of Biology, Jackson State University, Jackson, MS 39217, USA
Berikut adalah rumusan pengkaji tersebut:
In conclusion, N. Sativa alone or in combination with oxidative stress was found to be effective (in vitro) in influencing the survival of MCF-7 breast cancer cells, unveiling promising opportunities in the field of cancer chemoprevention and/or treatment.
-“ Sebagai rumusan, Habbatus Sauda (Nigella sativa) sendiri atau kombinasi dengan oxidative stress …. Didapati berkesan… untuk mempengaruhi survival sel-sel kanser payudara…. Menyingkap satu peluang yang memberi harapan dalam bidang mencegah kanser… dan / atau rawatan.”
Dalam kajian tersebut ekstrak Habbatus Sauda' (menggunakan teknik ekstrak alcohol) telah dikenalpasti sebagai sangat berkesan membunuh sel-sel kanser payudara. Akhir sekali pengkaji tersebut telah mengesyorkan supaya kajian lebih mendalam dibuat dalam
usaha membongkar rahsia bagaimana Habbatus Sauda berfungsi sebagai anti-kanser.
Nota: Seperti suplemen lain, habbatus sauda harus diamalkan secara berterusan dalam kehidupan seharian untuk anda mendapatkan kesan yang optima.