Semasa kejadian Tsunami di Acheh, sesuatu yang menakjubkan beberapa masjid terselamat tanpa sebarang kerosakan di tengah-tengah timbunan rumah, lumpur, bahan hanyut dan mayat. Lebih menakjubkan, bukan sahaja masjid yang dibina dengan struktur yang kuat seperti batu malahan juga masjid bersturuktur lama daripada kayu masih berada dalam keadaan yang baik. Kebesaran dan kuasa ALLAH swt. menjaga rumahNYA. Sesungguhnya MASJID adalah RUMAH ALLAH.
Daripada Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah s.a.w. bersabda ”Sesungguhnya rumah-rumah Allah di bumi ini adalah masjid-masjid, dan sesungguhnya hak (wajib) atas Allah untuk memuliakan orang yang menziarahinya di masjid-masjid.” (Riwayat Thabrani) [1]
Jumaat lepas 22.06.12, ibu mendapat khabar yang mengejutkan - kebakaran rumah seorang sahabat. Rumahnya hangus sama sekali. Namun yang menakjubkan adalah AL-QURAN terselamat di atas rak buku di mana dokumen dan buku-buku yang lain terbakar.
Status FB beliau menyatakan:
"(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Innā lillāhi wa innā ilayɦi rāji’ŭn" (sesungguhnya kita semua milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya-lah kita semua akan kembali." (Surah Al-Baqarah Ayat 156)
Gambar ni adalah Al-Quran dan Tafsir yg terselamat yg diletakkan di rak buku sedangkan dokumen dan buku yg lain habis hangus di rak yg sama...Allahuakbar...di Jumaat yg penuh berkah ini....marilah kita bykkan istighfar dan memuji kebesaran Allah...
Inilah Al-Quran yang terbakar itu, masih dalam keadaan baik. |
Al-Quran dijaga oleh ALLAH SWT sebagaimana firmanNYA yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (al-Hijr: 9)
[2]
Iktibarnya, ALLAH sentiasa dekat dengan kita. Menjaga hakNYA. Pastikan anaksoleh ibu memuliakan masjid dan Al-Quran. Sebaiknya bagi anaksoleh lelaki sedaya usaha setiap waktu solat di masjid. Marilah kita membudayakan Al-Quran di dalam diri. Setiap hari usahakan sebaiknya 10 ayat, setidak-tidaknya 1 ayat. Pastikan, setahun khatam 1 kali Al-Quran.
-----{@
anasolehah
22.06.2012
No comments:
Post a Comment