IKTIBAR TEKNIK 1
Aplikasi Teknik Menyelesaikan Pergaduhan berdasarkan Hadith Menjaga Perpaduan dalam Barisan KepimpinanAntara petikan dari Laman USK
Abdullah bin Abi Aufa melaporkan
bahawa Abdul Rahman bin Auf pernah mengadu kepada Nabi Muhammad tentang Khalid
al-Walid. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada Khalid, "Wahai Khalid, janganlah
saudara menyakiti lelaki yang menjadi anggota tentera Perang Badar. Andai kata
saudara bersedekah dengan emas sebesar Gunung Uhud, tentu saudara masih tidak
dapat menyaingi amalannya." Khalid al-Walid pun berkata, "Wahai Rasul Allah,
mereka menuduh saya, sedangkan yang dimaksudkan adalah mereka." Nabi Muhammad
berkata, "Janganlah menyakiti Khalid, sesungguhnya dia adalah pedang daripada
pedang-pedang Allah 'azza wa jalla. Allah menghantarkan dia bagi memerangi
orang-orang kafir." - Hadith ini direkodkan
dalam koleksi hadith-hadith autentik Ibn Hibban. ~Kredit Blog
Tim Hadith Psikologi
Dalam hadith ini, Nabi
Muhammad menggunakan beberapa strategi bagi menyelesaikan pergaduhan yang
berlaku di antara Abdul Rahman bin Auf dan Khalid al-Walid. Strategi tersebut
ialah;
- Mengalihkan pandangan kedua-dua pihak yang bermusuhan itu daripada melihat kelemahan dan kesalahan musuhnya kepada melihat kehebatan dan kemuliaan musuh.
- Menukar perasaan sakit hati dan benci terhadap musuhnya kepada perasaan menghormati, memuliakan dan mengagumi musuhnya.
- Memperkenalkan peraturan interaksi sosial yang dikenakan ke atas kedua-dua belah pihak.
Tindakan USK:
"Namun tidak pula saya bertanya apakah yang sebenarnya berlaku kerana mengikut
Teknik Nabi Muhammad yang tidak menyiasat kesalahan."
"Pergaduhan dapat selesai tanpa saya perlu menyiasat punca mereka bergaduh,
menegur, mengkritik atau memarahi perbuatan mereka yang bergaduh dan menghukum
mana-mana pelajar atas kesalahan bergaduh."
"Sebaliknya saya menerangkan kebaikan masing-masing. Teknik yang saya gunakan adalah menggantikan perasaan sakit hati kepada perasaan suka dan puas hati hasil menerima pujian daripada orang besar (vip) iaitu ustazah mereka."
"Sebaliknya saya menerangkan kebaikan masing-masing. Teknik yang saya gunakan adalah menggantikan perasaan sakit hati kepada perasaan suka dan puas hati hasil menerima pujian daripada orang besar (vip) iaitu ustazah mereka."
Insya Allah akan dikongsi cerita selepas dipraktikkan :)
13.06.12
No comments:
Post a Comment