Wednesday, 28 November 2012

UBAH CARA - DIDIK GUNA TEKNIK NABI

*Selesai makmal Crypto. Rehat sekejap untuk kemaskini maklumat FB - Hasanah Muslim Shop & KedaiMuslim Hasanah. Produk pilihan BIOFIBER & SUSU GASTRO-LAC keluaran EraEdar.


Semalam, agak tersentuh apabila membaca blog Ustazah Khadijah.  9 bulan usaha yang dijalankan membuahkan hasil apabila 100%  pelajar 5 Omar lulus. mrsmohd selama ini masih berekperimen tanpa rasa jemu cuma semangat ada naik turunnya. Tiga tahun belum mampu menentukan kejayaan, itupun bukan sepenuh masa dapat diperuntukan. Pelbagai cara dan teknik dicuba dan diaplikasikan untuk mendidik anak-anaksoleh. Muhasabah diri perlu bagi memperbaiki diri dan cara didikan. Dushhh ..amek kaw, bila petikan di bawah dibaca. 

“Ustazah, kenapa ustazah tak garang macam guru-guru lain? Ustazah tidak marah-marah saya tidak pakai songkok dan stokin.”

“Kerana Nabi tidak pernah memarahi atau memukul orang yang buat salah. Nabi buat baik pada semua orang tidak kira orang itu orang baik atau tidak. Ustazah mahu ikut Nabi, kerana itu ustazah tidak mahu marah-marah dan pukul kamu.” Jawab Ustazah.

Masya Allah, mrsmohd suka marah dan kadang-kadang bila kesabaran tidak terkawal pasti ada yang kena. mrsmohd agak tersasar dan perlu berpatah balik dengan mempraktikkan MENDIDIK GUNA TEKNIK NABI. Azam Maal Hijrah tahun ini (belum terlambat rasanya), mrsmohd nak menggunakan TEKNIK NABI untuk mendidik anaksoleh di rumah.  Mula-mula mrsmohd kena berubah dengan penuh kesabaran dan kekuatan untuk mematuhi peraturan MENDIDIK DENGAN TEKNIK NABI. Peraturannya adalah SALAH jika kita menegur dengan:
1.      MARAH
2.      MENGKRITIK
3.      MENASIHATI

"Jangan harapkan orang lain berubah, jika kita sendiri tidak mampu berubah" – Ustaz Pahrol.
"Ubah diri kita dulu, kemudian persekitaran dan orang lain akan berubah" – Ustaz Pahrol.
“Ya Allah murnikan niatku untuk mendidik amanahMu Ya Rahman Ya Rahim, Amin”
Sekian.

 

kongsi-rasa,
--------{@
mrsmohd

No comments:

Post a Comment