Demi kelangsungan keluarga, ramai ibu bapa hari bekerja dan hampir separuh masa dihabiskan di pejabat. Anak-anak soleh pula masa mereka lebih lama di taman asuhan, di rumah bersama 'bibik' atau bersendirian tanpa pemantauan. Di sinilah punca masalah gejala sosial di kalangan anak soleh jika tidak dikawal. Oleh itu, walau masa terluang adalah sedikit namun perlu dimanfaatkan bersama sebaik mungkin.
Masa kualiti adalah masa yang diperuntukkan untuk dimanfaatkan sebaik mungkin dan tidak bergantung kepada kuantiti. Jika banyak masa tapi manfaatnya sedikit masih tidak dapat menandingi masa kualiti yang lebih pendek. Bagi kami, hari Sabtu diperuntukkan abah-ibu dengan anaksoleh(as). Sebaik mungkin difikirkan dan diusahakan aktiviti bagi masa kualiti bersama.
Jika minggu lepas kami berseronok dengan projek menanam rumput mutiara. Minggu ini seawal 8 pagi kami keluar untuk buat tinjauan pusat penamaan calon bagi kawasan kritikal P162 Parlimen Gelang Patah antara bekas MB Tan Sri Ghani Othman dan Penasihat DAP Tuan Lim Kit Siang. Lokasinya di Dewan MBJBT, Tun Aminah. Biar anaksoleh tahu perkembangan semasa dan merasai kemeriahannya.
Kemudian kami singgah bersarapan di Restoran Lokman Sri Puteri - restoran Kelantan. Makan bersama di luar memberi suasana berbeza. Selepas itu, kami ke tepian tasik UTM - Agrofest bertemu Cikgu Khir yang membuka gerai promosi produk baru Coco Damia Coklat IQ di mana HASANAH merupakan stokis utama Johor. Seterusnya, as Helmi bersama abah di HASANAH. as Ika menemani ibu di pejabat. Kali ini aktiviti gegel dan boboi lain-lain. Cerita as Ika 'bermain komputer' di sini.
Anak ibarat kain putih, ibu bapa memikul amanah untuk mnecorakkannya. Moga anak- anak soleh mendapat manfaat daripada masa kualiti bersama ibu bapa dengan ilmu kehidupan yang dipelajari bersama dan merasakan kasih sayang yang diterapkan bagi membesar sebagai anak soleh yang mampu menghadapi apa jua cabaran mendatang.
Ibu @mrsmohd
21.04.13
21.04.13
No comments:
Post a Comment