Tuesday, 23 April 2013

KOMPUTER ALAT BANTU BELAJAR ANAK SOLEH

Teruja, itulah yang boleh disimpulkan bila anak soleh diperkenalkan atau berhadapan dengan komputer. Tambahan pula bila pertama kali. Pada 20.04.13 yang lepas, mrsmohd beri peluang buat as Ika untuk mengunakan komputer. Memandangkan ini pengalaman pertama, ibu merasakan perlu menanamkan pemahaman yang betul terlebih dahulu bahawa komputer sebagai alat bantu belajar bukan alat mainan. Kebanyakan anak soleh hari ini menganggap komputer dan gajet adalah alat mainan. Di sini ibu bapalah berperanan untuk memperbetulkan tanggapan bahawa komputer bukan sekadar untuk bermain 'game' malah ada peranan lebih besar jika dimanfaatkan sebaik mungkin. Jika ada talian internet, gajet juga dapat berfungsi sebagai sumber ilmu.


Karang surat

Kali ini ibu terfikir ingin menguji tahap keupayaan Bahasa Melayu as Ika. Ibu bukakan microsoft word, kemudian besarkan dan tukar tulisan supaya kelihatan lebih menarik. Ibu minta as Ika tuliskan surat untuk kakak yang bakal menyambut hari lahir pada 27.04.13 ini. as Ika teruja begitu juga dengan ibu. Gambar di sini. Tanpa banyak soal surat terus ditaip. 10 minit tekan sana sini, taip sikit padam. Helaian masih kosong. Dalam tempoh setengah jam kemudian, beberapa soalan ditanya 

Nak tulis apa niii? Kakak help me!
Panjang akal

Ibu macam mana nak ke bawah. Kemudian taip lagi.
Ibu ada kertas dan pensel? Ibu ada pemadam? 
Potong je. Jawab ibu.
Mmm...yang lain-lain seperti padam,  tidak ditanya pula. Pelajar tahun 2 memang telah diperkenalkan dengan komputer. Mereka telah biasa dengan open, save, delete dll. Cuma masa latihan penggunaan komputer di sekolah mungkin agak terhad.

Siap tulis dulu...nak elak buat banyak silap kot! 

Rupa-rupanya as Ika berusaha tulis dahulu di atas kertas kemudian baru ditaip semula di komputer. Tulis lagi. Fikir menung dan tulis, taip. Rujuk isi yang telah ditulis, taip lagi. Gembira rasa dapat tengok momen macam ini. Diam-diam ibu rakam gambar guna kamera video komputer.  Pada ibu, as Ika memang seorang yang cepat belajar dari pemerhatian keadaan sekeliling dan mudah ingat sesuatu yang diajar.  


Kusyuk menaip
Alhamdulillah surat 1 halaman berjaya disiapkan dengan tekun. Anak ibu mampu susun idea dengan agak baik. Maksud sudah betul cuma ejaan as Ika masih terikut dengan pelat Kelantan. Namun, kesilapan tersebut boleh diperbaiki, nanti kita belajar lagi sama-sama. Insya Allah kita cuba fikirkan caranya.

Akhirnya, besttttttttttt!
Bila siap tugasan, as Ika diberi ganjaran (baca di sini).

mrsmohd
24.04.13


No comments:

Post a Comment