Friday, 26 April 2013

BAGAIMANA TERCETUSNYA KAJIAN TIM PSIKOLOGI HADITH

MEE GORENG MAMAK

Mee goreng m_solehah 
(Hidangan untuk 8 orang biasa, 4 orang 'hantu mee'

1 kg mee kuning 
24 ulas bwg putih (1 1/2 labu) - kena byk, baru sodap! 
15 ulas bwg merah 
4 camb lada kering yg telah dikisar (+ suka pedas,- x nak pedas) 
4 camb sos cili 
4 camb sos tomato 
300g udang 
4 biji telur 
Garam secukup rasa 
Gula (manis baru sedap) 
50 sen taugeh 
6 pokok sawi 


Cara nak masak: 

  1. Bawang putih dan merah ditumbuk kasar. Panaskan minyak dan tumis. 
  2. Setelah bawang agak kekuningan, masukkan lada kering yang telah dikisar dan air sikit (siram bekas bwg dlm lesung). 
  3. Tumis lg sehingga naik minyak. Masukkan sos cili & tomato (kalau suka boleh masukkan sos tiram & kicap juga) 
  4. Kemudian masukkan udang dan kacau 
  5. Pecahkan telur dan kacau 
  6. Masukkan mee & kacau lg sehingga rencah sebati dgn mee <> 5 minit (agak-agak mee dah masak) 
  7. Masukkan sawi, kemudian sebelum tutup api masukkan taugeh. 
  8. Hidang sedia untuk dimakan. 

Selamat mencuba, cuba jaya ye! 


arkib - daejeonfast 25.10.08

Thursday, 25 April 2013

PESAKIT - SOLAT & TAYAMUM

Singgah di Hasanah pagi tadi untuk beli air mineral dan Wadi Cypress. Ternampak pula al-Ustaz terbaru, isu No. 13. Isunya memang menarik dan merupakan isu yang ditunggu-tunggu. Pada pendapat mrsmohd, setiap keluarga sekurang-kurangnya mesti ada 1 salinan untuk panduan keluarga dan elok juga dihadiahkan pada kawan-kawan, saudara mara dan jiran.


Kalau sakit kena solat ke?
Solat baring mengadap kiblat tak?
Solat duduk macam mana?
Tayamum bagaimana caranya? Ada yang kata gesel pada cadar pun ok. Betul ke?

Semua jawapan ada dalam keluaran ini. Pelbagai persoalan dijawab mengenai ibadah semasa sakit. Malah panduan ibadat pesakit juga. Wuduk dan tayamum juga dibincangkan.  Paling best ada poster PANDUAN PESAKIT: SOLAT, TAYAMUM DAN SOLAT.


Ini Poster...belakang ada lagi tunjukkan cara solat duduk dan baring.


Apapun perlu dijelaskan buat anak-anak soleh, Islam ini mudah. Solat tetap wajib walaupun ada keuzuran, cuma kaedah dipermudahkan mengikut situasi dan keadaan pesakit.


Pesakit berwuduk

Beberapa cara solat ketilka sakit
Moga bermanfaat.

sama-kongsi,
mrsmohd-ibu
13:36, 26 April


PELAM EPAL


Selepas 6 tahun akhirnya berbuah. Sebelum ini berbunga dua kali tapi tak menjadi -gugur. Syukur, kali ini tiga biji semuanya. Semakin besar. Ehhhh jappp...dah macam cerita tuannya juga. Kalau dapat kembar tiga boleh jadi Triplets Story 2...huyoooo! Balik semula pada buah pelam. Tak sabar nak rasa pula...hehe...over ye!

Moral of the story, berbudilah pada tanah. Selain daripada dapat makan hasil kita juga boleh gunakan tanaman sebagai aktiviti:
  1. zikir apabila melihat kejadian ciptaan Allah swt yang indah Yang Maha Besar, daripada anak benih hidup subur membesar-berbunga-berbuah seharusnya mampu melahirkan rasa kagum dan meningkat seharusnya meningkat keimanan dan rasa syukur kita. Betapa hebatnya Allah. Begitu juga dengan rezeki yang dilimpahkan kepada kita tanda Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  
  2. riadah seperti bersenam malah dapat cuci mata, cuci hati dan cuci minda. Sihat-cergas fizikal mental. 
  3. melatih disiplin diri buat keluarga dan latihan buat anak soleh. Hari-hari dua kali menjirus manakala 2 minggu sekali mencabut, mengcangkul rumput dan juga menaburkan baja. Pokok pun nak makanan dan vitamin ye...baru segar bugar. 


sama-kongsi,
-----{@
mrsmohd-ibu
17:40, 25 April.




Wednesday, 24 April 2013

ANAK SOLEH HEBAT

Tahniah buat adik Firdaus Ali - PEMENANG UTAMA UMRAH bagi Pertandingan Kesan ke atas Diri Saya Selepas Membaca Novel Islam. Adik Firdaus adalah anak kepada kawan ibu - Prof Dr Ali dan Syamsulina. 


Moga dapat memberi suntikan semangat kepada anaksoleh ibu dan anak-anak soleh lain juga. Buku NOVEL SEJARAH ISLAM karya Tn ABDUL TALIP TAIB menjadi kegemaran golongan remaja , kanak-kanak malahan mendapat tempat di kalangan dewasa termasuk golongan professional. Jom! Kita dapatkan untuk bacaan dan koleksi keluarga. 

sama-kongsi,
-------{@
mrsmohd-ibu
13:27, 25.04.13 

SAMBAL TUMIS SARDIN PERTIMA

Resepi campak bagi 2 tin besar sardin Pertima - 10 ekor sardin yang agak besar. Kalau ikannya kecil, jumlahnya lebih.


Bahannya:

2 biji bawang besar - potong dadu
3 senduk lada kering mesin
2 biji tomato - potong dadu
1 biji karot - potong bulat
2 asam keping
Garam bukit
Gula
2 senduk minyak (lebih minyak baru cantik sambalnya. Masak nanti tak payah ambil semua)


Caranya:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang, agak layu kekuningan boleh masukkan lada mesin. Kacau jarang-jarang hingga naik minyak.
  3. Masukkan tomato, biarkan layu dan sebati.
  4. Masukkan kuah sardin dan karot, kacau. 
  5. Masukkan garam, gula dan asam secukup rasa. 
  6. Kemudian ikan sardin dimasukkan, biar 5 minit. Siap boleh dimakan.
Semalam kami pasangkan sambal tumis sardin Pertima ini dengan telur puyuh rebus. Makan panas-panas memang sedap.


Sardin Pertima [info]

sama-kongsi,
-----{@
mrsmohd

Tuesday, 23 April 2013

KOMPUTER ALAT BANTU BELAJAR ANAK SOLEH

Teruja, itulah yang boleh disimpulkan bila anak soleh diperkenalkan atau berhadapan dengan komputer. Tambahan pula bila pertama kali. Pada 20.04.13 yang lepas, mrsmohd beri peluang buat as Ika untuk mengunakan komputer. Memandangkan ini pengalaman pertama, ibu merasakan perlu menanamkan pemahaman yang betul terlebih dahulu bahawa komputer sebagai alat bantu belajar bukan alat mainan. Kebanyakan anak soleh hari ini menganggap komputer dan gajet adalah alat mainan. Di sini ibu bapalah berperanan untuk memperbetulkan tanggapan bahawa komputer bukan sekadar untuk bermain 'game' malah ada peranan lebih besar jika dimanfaatkan sebaik mungkin. Jika ada talian internet, gajet juga dapat berfungsi sebagai sumber ilmu.


Karang surat

Kali ini ibu terfikir ingin menguji tahap keupayaan Bahasa Melayu as Ika. Ibu bukakan microsoft word, kemudian besarkan dan tukar tulisan supaya kelihatan lebih menarik. Ibu minta as Ika tuliskan surat untuk kakak yang bakal menyambut hari lahir pada 27.04.13 ini. as Ika teruja begitu juga dengan ibu. Gambar di sini. Tanpa banyak soal surat terus ditaip. 10 minit tekan sana sini, taip sikit padam. Helaian masih kosong. Dalam tempoh setengah jam kemudian, beberapa soalan ditanya 

Nak tulis apa niii? Kakak help me!
Panjang akal

Ibu macam mana nak ke bawah. Kemudian taip lagi.
Ibu ada kertas dan pensel? Ibu ada pemadam? 
Potong je. Jawab ibu.
Mmm...yang lain-lain seperti padam,  tidak ditanya pula. Pelajar tahun 2 memang telah diperkenalkan dengan komputer. Mereka telah biasa dengan open, save, delete dll. Cuma masa latihan penggunaan komputer di sekolah mungkin agak terhad.

Siap tulis dulu...nak elak buat banyak silap kot! 

Rupa-rupanya as Ika berusaha tulis dahulu di atas kertas kemudian baru ditaip semula di komputer. Tulis lagi. Fikir menung dan tulis, taip. Rujuk isi yang telah ditulis, taip lagi. Gembira rasa dapat tengok momen macam ini. Diam-diam ibu rakam gambar guna kamera video komputer.  Pada ibu, as Ika memang seorang yang cepat belajar dari pemerhatian keadaan sekeliling dan mudah ingat sesuatu yang diajar.  


Kusyuk menaip
Alhamdulillah surat 1 halaman berjaya disiapkan dengan tekun. Anak ibu mampu susun idea dengan agak baik. Maksud sudah betul cuma ejaan as Ika masih terikut dengan pelat Kelantan. Namun, kesilapan tersebut boleh diperbaiki, nanti kita belajar lagi sama-sama. Insya Allah kita cuba fikirkan caranya.

Akhirnya, besttttttttttt!
Bila siap tugasan, as Ika diberi ganjaran (baca di sini).

mrsmohd
24.04.13


Sunday, 21 April 2013

SIHAT-KURUS CARA mrsmohd

Pada hujung bulan Mac lepas ada bibit-bibit keinsafan timbul mengenai berat badan yang semakin hari semakin comel (sila bayangkan gemuk). Keinsafan timbul semasa majlis kenduri di kampung gara-gara melihat di kalangan saudara mara yang berusia 40-an yang gempal, agak : 
  1. sukar untuk bangun apabila duduk   
  2. apabila berjalan kelihatan seksa
  3. kebanyakan mereka sakit lutut
  4. kelihatan kembang lagi montel
  5. tidak sesuai memakai kebaya 

Atas kesedaran ini, mrsmohd berusaha mendapatkan maklumat seperti:
  • kevinzahri.com
  • diet ikut darah
  • atskin diet
  • pemakanan produk kesihatan seperti herbalife

Dapat disimpulkan daripada bacaan semasa, diet memerlukan: 
  1. penjagaan makan yang seimbang
  2. pengambilan makanaan dalam kuantiti yang kecil, 
  3. minum banyak air (buang toksin)
  4. makan banyak sayur dan buah (serat cepat kenyang)
  5. perlu senaman sekurang-kurangnya 3x seminggu (buang lemak)
Fikir punya fikir, menung sana sini. mrmohd ambil keputusan perlu ubah dan mulakan dengan BINA TABIAT BAIK dahulu(usaha perbetulkan mana yang salah dahulu). Setakat ini, alhamdulillah telah berjaya:
  • balik awal dari pejabat selewat-lewatnya pukul 5 petang
  • lakukan kerja rumah - menyapu, memasak, basuh kain, bersihkan halaman, siram pokok - kebetulan kami baru tanam rumput mutiara yang perlu disiran 2x sehari. Info gembira kepada ibu-ibu, kerja rumah juga dikira senaman ye!. Agak sukar bagi ibu-ibu nak komit dengan kerja rumah yang terbengkalai. Jadi dengan cara ini kerja rumah siap, badan juga sihat.
  • minum air banyak - sepatutnya 250ml setiap jam
  • istiqamah makan madu (penjagaan kesihatan sunnah) bersama pati delima (melawaskan tanpa sakit perut). 
Madu memang telah diamalkan agak lama kerana mrsmohd ada masalah angin dan gastrik. Sistem penghadaman yang tidak baik. Sekarang masalah ini telah dapat diatasi (syukur sangat). Madu yang diamalkan adalah MADU KHAULA - madu arab. Satu botol besar sudah nampak perubahan. Sekarang tak ada masalah lagi dengan bauh salak, jeruk, tempoyak dan makanan seangkatan dengannya. Apapun masih menerapkan kesederhanaan dalam setiap perkara seperti pesanan Nabi saw. Jika sakit kita juga yang susah.
  • tidur awal dan usahakan bangun awal untuk laksanakan aktiviti rumah atau ke pejabat lebih awal.

Buat masa ini tak boleh kongsi lagi cara sihat-kurus cara mrsmohd memandangkan belum terbukti kejayaannya. Doakan mrsmohd istiqamah dan mempunyai kekuatan untuk terus berjuang bagi sihat-kurus. Selepas UBAH TABIAT mrsmohd berjaya turunkan berat 1kg dalam 2 minggu. Hehehe...oklah tu kann. 

mrsmohd
22.04.13

Saturday, 20 April 2013

MASA KUALITI BERSAMA

Demi kelangsungan keluarga, ramai ibu bapa hari bekerja dan hampir separuh masa dihabiskan di pejabat. Anak-anak soleh pula masa mereka lebih lama di taman asuhan, di rumah bersama 'bibik' atau bersendirian tanpa pemantauan. Di sinilah punca masalah gejala sosial di kalangan anak soleh jika tidak dikawal. Oleh itu,  walau masa terluang adalah sedikit namun perlu dimanfaatkan bersama sebaik mungkin.

Masa kualiti adalah masa yang diperuntukkan untuk dimanfaatkan sebaik mungkin dan tidak bergantung kepada kuantiti. Jika banyak masa tapi manfaatnya sedikit masih tidak dapat menandingi masa kualiti yang lebih pendek. Bagi kami, hari Sabtu diperuntukkan abah-ibu dengan anaksoleh(as). Sebaik mungkin difikirkan dan diusahakan aktiviti bagi masa kualiti bersama.

Jika minggu lepas kami berseronok dengan projek menanam rumput mutiara. Minggu ini seawal 8 pagi kami keluar untuk buat tinjauan pusat penamaan calon bagi kawasan kritikal P162  Parlimen Gelang Patah antara bekas MB Tan Sri Ghani Othman dan Penasihat DAP Tuan Lim Kit Siang. Lokasinya di Dewan MBJBT, Tun Aminah. Biar anaksoleh tahu perkembangan semasa dan merasai kemeriahannya.

Kemudian kami singgah bersarapan di Restoran Lokman Sri Puteri - restoran Kelantan. Makan bersama di luar memberi suasana berbeza. Selepas itu, kami ke tepian tasik UTM - Agrofest bertemu Cikgu Khir yang  membuka gerai promosi produk baru Coco Damia Coklat IQ di mana HASANAH merupakan stokis utama Johor. Seterusnya, as Helmi bersama abah di HASANAH. as Ika menemani ibu di pejabat. Kali ini aktiviti gegel dan boboi lain-lain.  Cerita as Ika 'bermain komputer' di sini.


Anak ibarat kain putih, ibu bapa memikul amanah untuk mnecorakkannya. Moga anak- anak soleh mendapat manfaat daripada masa kualiti bersama ibu bapa dengan ilmu kehidupan yang dipelajari bersama dan merasakan kasih sayang yang diterapkan bagi membesar sebagai anak soleh yang mampu menghadapi apa jua cabaran mendatang.

Ibu @mrsmohd
21.04.13

Sunday, 14 April 2013

MELECUR - MINYAK AKAR SERUNTUN

Al-kisah satu kejadian tragis telah berlaku minggu lepas - 5 April 2013. mrsmohd tertepis seterika  yang tengah berasap. Sakit la wehhh.. bab-bab kecederaan kulit ini mrsmohd memang sensitif. Seriau amat. Mula-mula tak rasa sakit kerana terkesima seketika. Bila tersedar cepat-cepat alirkan air dan letak ubat gigi. Apabila semakain lama semakin berdenyut - 2 hari juga. 


Menghilangkan lecur

Esoknya bila ke HASANAH terjumpa satu minyak namanya MINYAK AKAR SERUNTUN (MAS) - menghilangkan lecur. Apabila diletak MAS rasa tak sakit. Selain MAS letak juga minyak gamat cuma ada rasa pedih pedih manja. Pedih ini mungkin kerana kulit ada sedikit melecet disebabkan oleh eksiden lain huhuhu. Kemudian terjumpa pula maklumat di FB, selepas dialirkan air pada tempat melecur, tangan boleh dicelup putih telur (diasingkan daripada kuningnya) yang telah dipukul. Mengikut artikel tersebut, akan wujud satu lapisan di atas lecur. Maklumat ini tak sempay diamalkan lagi kerana diketahui selepas kejadian.


Lembutkan luka kering

Selepas luka kering, terasa gatal pula. Ada sahabat yang mencadangkan letakkan vitamin E. Kebetulan di HASANAH ada tester LOSYEN MINYAK ZAITUN. Apalagi picit 1-2 titik, hasilnya menggembirakan bila luka yang kering dan gatal menjadi lembut. Malah kulit kelihatan semakin cantik.

Namun sempat juga dapat ilmu dari kesakitan ini. Rupanya Allah jadikan kulit sebagai pelindung kepada lapisan bawah kulit. Walaupun nipis, kulit mampu menjadi penahan air dari meresap ke dalam. Tanpa kulit (kawasan melecet), apabila terkena air akan 'mengembang' (meresap air) akibatnya terasa pedih. Bagi yang manja sedikit aktiviti memasak dan membasuh agak tergendala.  Wuduk pula tiada pilihan terpaksa ditahan, cuma perlu segera dilap dengan tisu atau kain bersih. 

Memang serik dibuatnya. Itu baru sikit kalau banyak mau ada yang meraung. Pengajarannya adalah bila kita lakukan sesuatu pekerjaan hendaklah beri tumpaan 80%. Harap-harap lepas ini tak akan kena lagi. 



Saturday, 13 April 2013

SABTU YANG SERONOK

Agak lama tak 'berehat' di rumah. Sekejap di HASANAH, pergi melawat anaksoleh, balik kampung dan macam-macam lagi. Apapun itulah kemeriahan apabila berkeluarga. Alhamdulillah, moga apa jua aktiviti kami membawa iktibar dan kebaikan buat kami. Terima kasih juga buat Diha keluarga baru HASANAH, sempatlah kami 'bercuti' walaupun separuh hari sahaja. Kami usahakan jadi masa yang berkualiti buat kami.


Rumput Mutiara

Projek rumput berjalan lancar semalam setelah beberapa bulan tergendala. Pasir yang gondol kini ditampal dengan potongan rumput mutiara. Keluasan 5kaki x 50kaki, hasil congakan kami beli rumput mutiara 13potongan x 2kaki. 2kaki harganya RM4. Kemudian potong lagi kecil kepada 8 bahagian.

"Senang sahaja tanam rumput, letak sahaja di atas tanah. Kalau ada lapisan pasir lebih baik. Cuma perlu siram pagi dan petang" - adik nursery

Sempat lagi menyelit satu pokok belimbing buluh. Terima kasih enmohd, bising-bising pun tetap tolong tanamkan. Ikutkan jelah, kalau merajuk susah pulak.  


Bubur Kacang ..wangi bukan hangit ok!

Baru-baru ini (29 Mac) semasa tolong rewang kenduri sempat belajar 1 cara nak buat bubur kacang bagi wangi dan cepat.  Sedap memang sedap jadi sangatlah bersemangat nak buat tambahan kesukaan enmohd dan anak2soleh.

Caranya - kacang hijau hendaklah digoreng terlebih dahulu. Basuh, tos sekejap kemudian boleh goreng sehingga keluar bau wangi ala-ala bau putu kacang. Selepas itu bolehlah direbus kacang itu seperti biasa

Amaran: Kacang akan masak lebih cepat kerana kacang telah separuh masak pastikan tidak hangitttttttttt



TRW 

Kalah 1-3 pada ATM. Lebur rekod 2 tahun tidak pernah kalah di laman sendiri. Apapun TRW tetap dihati. ATM daripada 6 perlawanan, pertama kali menang je. TRW masih hebat tetap hebat. Mungkin faktor kepenatan sebagai juara - Liga Super, Piala AFC & Piala FA. Teruskan usaha.


Semuanya cerita semalam ...Sabtu yang seronok.

mrsmohd
14.04.13