Friday, 30 December 2011

Status FB Kak Su (my beloved Kakak @ myMak Andam )
Gonna missed 2011... But I believe that 2012 gonna be my year! InsyaAllah...

"The price of success is hard work, dedication to the job at hand, and the determination that whether we win or lose, we have applied the best of ourselves to the task at hand."  ~ Vince Lombardi
Hope 2012, will be my year too.
Dr-to-be, Insya Allah.

-------{@
Mrs Mohd
11.17pm, 31.12.11 Sat

Sabarlah isteri

Bukan ganjaran yang dicari namun redhaMu lebih utama. Ganjaran ini sebagai pembakar semangat.Peringatan untuk diri yang sentiasa berkeluh kesah. Semoga lebih sabar.

GANJARAN UNTUK ISTERI YANG SOLEHAH
a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”....
b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”...
c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”....
d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”....
e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”....
f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”....
g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)...
h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya, maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”...
(Hadis riwayat Anas Bin Malik)
 
[Sumber: Ramli Joned FB, SANTAPAN ROHANI PAGI SELASA 27 DIS. 2011]
 
-------{@
Mrs Mohd
10.53am, 31.12.11

Friday, 2 December 2011

Setandan pisang

Dalam setandan pisang pasti ada sebijik yang tidak elok - tajuk perbincangan di Radio Ikim.fm pagi semalam. Ingin dikongsi, satu komen pendengar iaitu:
Usah dicari perbezaan tetapi sebaiknya digandingkan.

-------{@
Mrs Mohd
6.46pm, 2.12.11

Sesekali bergelap


Kangkar Pulai keputusan letrik daripada 5 petang hingga 4.35 pagi semalam.

Kegelapan, kepanasan, kelaparan, ketakutan rasanya bila gelap gelita dan sekeliling menjadi sunyi sepi. Sekali sekala kedengaran anak kecil menangis. Kesian, kerimasan mungkin dan masih belum memahami barangkali. Di luar, hanya lampu kereta sahaja yang menerangi jalan. Lampu trafik juga tidak berfungsi. Ada yang berhati tetapi ada yang berderum lajunya tidak ingat mati. 

Ramai berpusu-pusu keluar mencari makan malam dan lilin tentunya. Sesak khabarnya di TU dan kawasan berhampiran. Punca bekalan terputus tidak dapat dipastikan. Kemungkinan TNB sedang menyiapkan penyelenggaraan kerana beberapa hari lepas di PI ada penyelenggaraan dilakukan pada rumah TNB. Bekalan letrik tidak pula diputuskan. Turut ingin dikongsi, kekaguman dengan usaha mereka apabila kita sedang enak tidur mereka bekerja sepanjang malam sehingga 6 pagi. Untuk memastikan keselesaan umum terjaga. Oleh itu, iktibarnya usah disalahkan keadaan bila tiada letrik. Ini lumrah ibarat kehidupan, sentiasa ada dugaan dan cabaran. Kekadang dugaan dan cabaran memaniskan kehidupan kita.

Kita lihat hikmahnya dan indahnya bila..
Ibu bapa terkenang zaman pelita minyak tanah. hitamnya hidung bila bangun pagi. Mengundang ceria.
Anak-anak pula teruja, gelap ketakutan namun gembira bila lilin menyala. Jarang-jarang lilin digunakan. Pengalaman baru buat mereka.
Akhirkata, sentiasa sediakan lilin di rumah kita  :)


-------{@
Mrs Mohd
6.26pm, 2.12.11

Friday, 18 November 2011

Petua lembutkan daging

Renehkan daging pada suhu 90-100 Celcius.
Lagi perlahan lagi baik, daging akan lembut bila direbus lama.

Tak sesuai suhu 120 Celcius ke atas - boiling point. Keras dagingnya.

Kerabu mangga

Bahannya

2 biji mangga muda - dimayang (julian)
Bwg putih - dicincang
Bwg merah, halia, cili padi, serai - dihiris
Air limau nipis
Serbuk udang (udang kering digoreng, ditumbuk)
Daun ketumbar - dihiris
Kacang tanah - ditumbuk


Caranya

Gaulkan semua, 10 minit sebelum dimakan. Kalau cepat kerabunya akan berair banyak.

Sumber: Radio IKIM.fm, 18 Nov. 2011 - Sudut Suri bersama Chef Sabri.

Hari Anugerah Cemerlang - 17 Nov 2011

Hari yang dinantikan oleh murid-murid dan ibu bapa. Lebih gembira bila anak-anak kita cemerlang. Sekurang-kurangnya usaha yang dilakukan oleh anak-anak dan ibu bapa telah menampakkan hasil.  Hari Anugerah Cemerlang tahun ini , seorang sahabat ketiga-tiga anaknya menerima anugerah cemerlang (pencapaian terbaik di dalam kelas masing-masing dan 10 pelajar terbaik keseluruhan). Tahniah sahabatku, alhamdulillah kami tumpang gembira dan kejayaan ini akan kami jadikan inspirasi untuk berjaya.

Namun begitu, sebahagian kecil sahaja yang menerima hadiah di Hari Anugerah Cemerlang. Pada yang tidak berada di dalam kelompok ini, usaha perlu ditingkatkan. Usah kecewa dan putus asa, ini bukan penghujung jalan. Kita bukan tidak cemerlang tapi masih belum cemerlang. Pastinya perlu difikirkan di mana silapnya dan kurangnya, strategi lama perlu dikaji dan dibuat penambahbaikan. Tidak usah dituding jari kepada sesiapa. Semua - anak-anak, ibubapa dan guru; perlu bertindak. Bila perlu bertindak? Jawapan sudah pasti SEKARANG.

Nota: Tampal gambar anak-anak sahabat dengan piala cemerlang di rumah.

Thursday, 17 November 2011

Felt Craft

Jatuh cinta...
Saya sudah jatuh cinta dengan felt craft.

Kraftangan felt adalah seni kraftangan yang sangat comel. Kraftangan berasaskan kain felt (banyak jenis), pelbagai warna dan alatan menjahit.

Cekak bunga - my favoreto.
Sesuai untuk anak2 & ibu. Boleh dijadikan hobi, juga boleh dijadikan sumber pendapatan. Kini, semakin mendapat sambutan hangat di Malaysia. Pelbagai kraftangan boleh dihasilkan seperti rantai kunci, beg, pengikat rambut, sepit rambut, selimut kanak-kanak, papan tanda, gelang kepala bayi dan brooch.
Blog kraftangan felt yang mempunyai sentuhan kreatif (sifu-sifu kita) boleh dikunjungi seperti:

 
 

 
Comelkan!

 
Peminat-peminat juga boleh menghadiri Kursus Kraftangan Felt yang telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti, Shah Alam - I wish I could attend the 2-days course.

 

Friday, 21 October 2011

Didik hati dengan didik anak

Tidak bohong
 
"Anak-anak tidak mempunyai perkataan bohong dalam kamus pemikiran mereka tetapi perkataan ini timbul MUNGKIN disebabkan oleh perlakuan ibubapa sendiri. Sekali ibubapa tidak bercakap benar atau tidak menunaikan janji yang dibuat, anak-anak akan hilang kepercayaan. Bila acapkali ibubapa berbuat begini, lama kelamaan anak-anak tidak akan hirau atau tidak memberi perhatian kepada setiap perlakuan atau kata-kata seterusnya dari ibubapa" - Ibubapa Cemerlang FB


Bersabarlah

Dikala kesabaran tergugat..

"Anak-anak menceriakan kehidupan kita supaya lebih berwarna. Maka bersabarlah dengan kerenah mereka.." - Ibubapa Cemerlang FB


--{@na
17 Okt. 2011

Thursday, 20 October 2011

Cinta dunia

Antara punca utama kerosakan remaja di zaman ini bahkan sejak dahulu ialah cinta dunia dan kawan melebihi dari cinta Allah, Rasul, ibu bapa dan para guru. [madrasahannuur.com]

--{@na
19 Okt. 2011

Saya rajin!

Semalam saya agak rajin sikit, hari ini harapnya saya lebih rajin dan seterusnya rajin dan rajin terus rajinnnn.

Setiap manusia adalah lebih kuat daripada apa yang ia sangkakan - Hendry Ford


--{@na
21 Okt. 2011

Amalkan Islam, kuatkan iman

"Macam mana manusia yang malas nak dirajinkan? Yang tak berdisiplin nak didisiplinkan?"

"Amalkan Islam tapi sebelum itu IMAN kena ditanam dan dikuatkan. Lemah iman punca manusia sukar dikawal" -  Pahrol Juoi, Beduk Diketuk

--{@na
20 Okt. 2011

Monday, 17 October 2011

Graduan oh graduan...apa sudah jadi?


Kebanyakan graduan kini ambil mudah semasa menghadiri temuduga kerja. Sedar atau diluar sedar, mereka:
  1. Tidak berkomunikasi dengan baik - BM atau BI tidak dikuasai menggunakan bahasa sms dan loghat.
  2. Penampilan tidak sesuai - selekeh, gaya artis bukan gaya kerja
  3. Tidak bersedia untuk ditemuduga - datang kosong
[Dibincangkan oleh panel jemputan Slot Pesona D'Zahra, Radio IKIM.fm]

Friday, 23 September 2011

7 FORMULA IBU BAPA MUSLIM TERBILANG

Formula Dr. Danial Zainal Abidin

Setiap sesuatu yang baik bermula daripada perancangan yang baik. Perancangan yang baik memerlukan formula yang mantap dan berkesan. Bagaimana untuk menjadi ibu bapa terbilang? Al-Qur’an sudah menjelaskan secara terperinci sejak lebih 1, 400 tahun yang lalu, melalui garapan kisah Luqmanul Hakim di dalamnya, yang sarat dengan formula-formula unik. Antaranya:

1.   Menguasai Ilmu dan Hikmah
Firman ALLAH SWT: “Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, iaitu: “Bersyukurlah kepada ALLAH. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada ALLAH), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya ALLAH Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Luqman (31) ayat 12.
Dalam ayat di atas, ALLAH SWT telah menjelaskan bahawa Luqman telah dikurniakan hikmah. Imam Ibn Katsir mentafsirkan hikmah sebagai ‘kefahaman, ilmu dan tadbir (iaitu pengurusan yang baik).’ Justeru ibu bapa perlu menguasai dan memahami ilmu, terutamanya ilmu agama berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Penguasaan ini perlu disusuli dengan pengurusan hidup yang baik. Tanpa ilmu dan kefahaman ibu bapa menjadi seperti musafir yang berjalan tanpa peta dan petunjuk bintang.
Ilmu dan hikmah adalah seiring. Menggunakan ilmu perlu dengan hikmah. Mencurahkan ilmu perlu dengan hikmah. Hikmah adalah penelitian terhadap segala sesuatu secara cermat dan mendalam dengan akal dan penalaran.
Sabda Nabi SAW: “Hikmah adalah harta yang hilang dari perbendaharaan kaum Muslimin, barangsiapa yang menemukannya, maka ia lebih berhak memungutnya.”

2.   Mementingkan Iman dan Taqwa
Berhubung dengan ini, Luqman menjelaskan, jika ada suatu benda yang kecil, seperti biji sawi, disembunyikan di langit, dalam bumi, dalam batu yang besar atau di tempat-tempat lain, ALLAH SWT tetap mengetahuinya. Hal ini disebutkan dalam surah Luqman ayat 16. Pendidikan Luqman ini bertujuan untuk melahirkan perasaan muraqabah, iaitu merasai bahawa ALLAH SWT sentiasa melihat gelagat hambanya di mana saja hamba itu berada. Jika perasaan ini menguasai hati seseorang, ia akan menjadi penasihat dan penyelamat baginya.
“(Luqman berkata): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya ALLAH akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya ALLAH Maha Halus lagi Maha Mengetahui.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Luqman (31) ayat 16.

3.   Memelihara Ibadah
Antara ibadah yang perlu diutamakan ialah solat. Luqman menyuruh anaknya menegakkan solat. Menegakkan solat bermaksud bersolat secara berterusan dengan memelihara waktu-waktu dan tatacaranya, di samping mementingkan khusyuk ketika bersolat. Solat mempunyai pengaruh yang besar kepada anak-anak.
Sesungguhnya solat itu tiang agama. Sekiranya runtuh tiang tersebut, maka runtuhlah agama. Di hari akhirat, amalan yang pertama yang dihisab oleh ALLAH SWT adalah solat. Jika solat seseorang mukmin itu baik, maka baiklah amal-amal lainnya. Tetapi jika solat itu buruk, maka buruklah amal-amal lainnya.

4.   Memelihara Akhlak
Antara akhlak yang ditekankan dalam surah Luqman ialah bersikap tawaduk dan tidak sombong ketika bergaul dengan manusia. Beliau juga mengingatkan anaknya agar bersederhana dalam hidup dan tidak meninggikan suara ketika bercakap. Akhlak yang mulia berkait rapat dengan iman seseorang.

5.   Bersikap Positif Dalam Ujian
Dalam konteks ini, surah Luqman ayat 17 mengingatkan anaknya kepentingan sabar dalam hidup. Sbar berkait rapat dengan sikap positif. Dengan penekanan ini anak-anak akan cekal mengharungi pancaroba dan liku-liku kehidupan. Anak-anak juga perlu diingatkan bahawa sabar adalah proses ke arah kejayaan.
“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan kebaikan dan cegahlah (mereka) daripada kemungkaran dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh ALLAH).” – Al-Qur’anul Karim; Surah Luqman (31) ayat 17.
6.   Membina Kemahiran
Antara kemahiran yang dinyatakan dalam surah Luqman ialah komunikasi berkesan. Luqman menasihati anaknya secara terus tanpa rasa kekok. Ini menunjukkan bapa memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan anak-anak. Ketika memberi nasihat, Luqman menggunakan perumpamaan untuk memudahkan kefahaman. Ini menunjukkan Luqman mempunyai kemahiran berkomunikasi. Antara aspek penting yang perlu ada ketika berkomunikasi ialah kelembutan. Menurut imam Ahmad dan Baihaqi, Nabi SAW bersabda: “Jika ALLAH menghendaki kebaikan bagi sesebuah keluarga diberikan sifat lemah lembut dalam keluarga itu.”

7.   Peka dan Berperanan
Anak-anak perlu dididik agar berperanan dengan mengajak rakan-rakan mereka kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran sebagaimana dinyatakan di dalam ayat 17 surah Luqman tadi. Dengan nilai dan sikap ini, anak-anak tidak akan menjadi golongan yang terpengaruh sebaliknya menjadi golongan yang mempengaruhi.

RINGKASAN FORMULA
Dr. Danial Zainal Abidin menggarapkan ringkasan formula dalam menjadi ibu bapa terbilang sebagaimana berikut: “KHATT”
K: Kawan – Dengan siapa anak-anak kita berkawan?
H: Hero/Heroin – Siapakah idola anak kita?
A: Agama – Pupuk nilai-nilai agama dalam diri anak-anak.
T: Tauladan – Tunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.
T: Teknologi – Bagaimana teknologi hari ini perlu dimanfaatkan.

KESIMPULAN
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila seseorang anak Adam mati, maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang mendoakannya.” – Hadis Shahih, Riwayat Muslim dan lain-lainnya.
Petikan: FB - [Ibubapa Cemerlang], Sept 16, 2011

--@na
Sept 23, 2011

Memberi contoh

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.” {Riwayat Muslim}

Semoga kita tergolong di kalangan mereka yang memberi contoh yang baik, Ameen.

Sumber: Sahabat FB - ZZ

Sos Lada Hitam

Resepi Master Chef Sabri, IKIM.fm
Rempah-ratus - lada hitam

1 cwn air sejuk
1 sm serbuk perang 'dennis glass'
2 ulas bwg putih
2 ulas bwg merah
1 sm lada hitam
1/2 @ 1/4 mentega (kiub)
1 sm minyak jagung

Caranya:
Panaskan kuali
Tumiskan bwg, lada hitam hingga naik bau
+ air bancuhan sos perang

Chef tak beritahu tentang perasa (garam, gula).
Rasa, kalau perlu ditambah chef campak masukkan je.

::: sm - sudu makan

--{@na
 23 Sept 2011

Monday, 22 August 2011

Ujian penuh hikmah


Setelah 5 tahun bersama
Lebihan eletrik
Berlaku gangguan eletrik di fakulti Khamis lepas. Bila gangguan pulih, masalah lain pula muncul. Adapter komputer (notebook) terbakar dan meletup tiba-tiba. Rupanya, sebaik sahaja dipulihkan gangguan elektrik akan berlaku lebihan eletrik. Jadi siapa yang menggunakan soket akan terima akibatnya. Terpaksa ke sini ke sana mencari pengganti. Agak sedih bila jadi begitu, kebanyakan maklumat di dalamnya. Terganggu seketika kerja di pejabat.

Langit tak selalu gelap
Hari ini telah dijumpai hikmahnya. Bila adapter rosak, pakai komputer alternatif. Komputer altenatif, bluetooth ok. Salin gambar ke komputer atau komputer ke hp menjadi mudah. Tak perlu pakai kamera dan jimat duit bateri. Insya Allah lepas ini tiada masalah lagi. Dah boleh tangkap gambar barang-barang kedai dengan mudah guna telefon bimbit sahaja. Bila tangkap gambar hati gembira.

Kemudian dapat pergi jamu mata semasa mencari adapter, setelah sekian lama lebih 4 bulan tidak ke pusat membeli belah. Biar kejap asal dapat. Terapi semulajadi. Terima kasih Allah.

Untuk ibu dan anak-anak ibu;
Berbaik sangka dengan Allah selalu. Redha dengan ketentuannya. Elakkan mengeluh atau merungut dengan ujian yang menimpa. Lumrah manusia insan lemah cepat melatah, cuma cuba cepat-cepat pulihkan kelemahan diri semoga kita juga cepat senang hati.

---{@na
22 Ogos 2011

Sunday, 21 August 2011

Tak puasa

Membimbangkan
Menurut Ustaz Asri JAIJ, sejak 20 hari berpuasa seramai 90 orang Islam ditangkap tidak berpuasa di sekitar Johor. Malah dijumpai seorang gadis lengkap bertudung menikmati bihun sup dan air bandung bersama seorang rakannya di sebuah gerai. Agak membimbangkan jika kes seperti ini berterusan. Tiada lagi segan dan rasa malu apatah lagi menghormati tuntutan syariat.

Beri hidayah
Ingat anak-anak ibu,
Walaupun kita mempunyai alasan kukuh atau berhadas besar sekalipun namun kebesaran Ramadhan perlu dihormati. Orang yang berpuasa juga mesti disantuni. Tidak digalakkan makan di hadapan orang berpuasa. Minta doa semoga mereka yang tersilap langkah ini diberi hidayah dan ilmu untuk tidak berterusan berbuat demikian. Kita perlu berbaik sangka dengan mereka.

---{@
Ibu
21 Ogos 2011

Lailatul Qadar untuk umat Nabi Muhammad

Pendakwah: Ustaz Asri, Unit Halal JAIJ
Majlis ilmu: Surau Nurussalam, Taman Pulai Indah

Hari ini hari ke-21 umat Islam berpuasa. Tazkirah berkisar pada topik puasa dan Lailatul Qadar.

Kenapa Lailatul Qadar diberikan pada umat Nabi Muhammad saw?
Jangka hayat umat Nabi saw adalah hanya 60-70 tahun. Sukar untung menandingi umat Nabi lain yang hidup beribu tahun. Jadi dengan kelebihan malam Lailatul Qadar yang mulia setiap ibadah umpama 83 tahun diusahakan, pahalanya digandakan. Oleh itu, walau usia tidak menjangkau beribu tahun namun kita mampu beribadah setimpal dengan umat terdahulu.

Pesan penutup ustaz, pasanglah pukat dan tangguklah sebanyak mungkin ibadah yang mungkin. Semoga kita bertemu Lailatul Qadar  yang lebih baik dari seribu bulan.

---{@na
21 Ramadhan 1432

Tangkap

Lama dah ana tak buat operasi tangkap menangkap.

Nak tau tangkap apa? Tangkap gambar. Orang selain Kedah dan Kelantan cakap ambil gambar.

Gambar apa? Bunga

Sekarang musim bunga. Pokok-pokok di halaman rumah berbunga. Masya Allah cantik sungguh, pelbagai warna. Begitu besar kuasa-Mu ya Allah bagi hamba yang memerhati.


Cantik tak? Pertama kali pokok ini berbunga.

Apa perasaan anda? Gembira dan ceria.
Orang cakap pokok juga berzikir. Ana percaya, keindahan ciptaanNya bila dilihat juga memberi ketenangan.

Terima kasih pada Mr M yang menjaga pokok-pokok ini dengan baik.
Sayang Abang!


 ---{@na
18 Ogos 2011


Positiflah!

Elakkan sesuatu peristiwa mempengaruhi kehidupan kita. Oleh itu kematian mama adalah penguat bukan sebagai pemusnah masa depan kalian.Kalian adalah insan terpilih, diduga di usia muda. Ujian tanda kasih Allah kepada kita untuk menjadikan kita kuat, matang dan lebih baik. Jika ditangani dengan positif dugaan akan bertukar menjadi NIKMAT.

Hari ini di IKIM.fm tazkirah dari Prof Mukaya. Prof berkongsi bahawa 

Peristiwa + respond (tindak balas) = hasil

Jika peristiwa negatif, tindakbalas positif hasilnya positif
Jika peristiwa negatif, tindakbalas negatif hasilnya negatif
Jika peristiwa positif, tindakbalas negatif hasilya pun negatif
Jika peristiwa positif, tindakbalas positif hasilya positif

Ramai yang menjadikan peristiwa sedih sebagai alasan namun ada juga yang menjadikanya pemangkin untuk terus berjaya. Misalnya, Prof Mukaya menjadi cemerlang semasa berlaku penceraian ibu bapanya. Ibu, mendapat CPA terbaik sepanjang pengajian semasa Allahyarham Tok Kadir diserang strok.

Dalam kehidupan, kita pasti akan diuji. Kesimpulannya, hasil adalah bergantung kepada tindakbalas atau tindakan yang kita ambil. BE POSITIVE dalam apa jua tindakan dan usaha kita. Insya Allah segalanya jadi mudah dan indah.

Friday, 12 August 2011

Beri semangat

Anak-anak ibu,

"Kerjalah kamu untuk duniamu, seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun.
Dan kerjalah kamu untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok hari"

Kata-kata hukama ini dapat meningkatkan semangat untuk kita berusaha dalam kehidupan ini, sebelum dan selepas mati.

Orang yang baik adalah mereka yang sentiasa mengingati mati. Maknanya kita sudah tidak punya masa, gunakan peluang kurniaan Ilahi sebaik mungkin untuk melakukan yang terbaik kerana matlamat hidup kita adalah syurgaNya.

BUDU

Sketsa Ramadhan

Suatu hari satu keluarga sama-sama menyediakan hidangan berbuka.
Ibu terfikir hendak bermesra dengan menguji JAWI mudah anak-anaknya.

"Tolong ambilkan BA WAU DAL WAU" ibunya
"Apa tu, SUDU ke ibu?" adiknya
"Bukanlah SENDUK!" abangnya

Suasana petang itu menjadi ceria.
Namun, ujian dan latihan JAWI perlu diteruskan :)

Thursday, 11 August 2011

Security links

As a lecturer, we have seven main tasks.
Not only teaching ok! :)
One of them is research.

Find problem,
Do experiment,
Write and publish
That's research all about.

I need some mechanism to help me.
I hope my blog can take part.
By listing the related conference and journal

More organised and alert, hope so.
Let share with others
Who has the same research interest :)


Here are the links that related to Information Security research:

Coming conference:

7th International Conference on Information Assurance and Security
Deadline for Paper Submission: July 1, 2011 August 31, 2011

Journal:

IASRG Book Chapter

Wednesday, 10 August 2011

Doa Muslim

Ingat-ingat 1

Anakku,

Ini adalah doa yang sebaik-baiknya bagi seorang muslim.
Rabbana aatina fiddunya hasanah, wafil aakhirotihasanah waqina 'azabannar
Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari siksa neraka”
(Al-Baqarah : 201)

**Sering dibaca di dalam setiap doa, diamalkan sebelum selawat di penghujung doa.

Friday, 15 July 2011

DISIPLIN: Beri Pilihan

Sebagai ibubapa pasti menjadi kerunsingan apabila permintaan kita tidak ditunaikan. Walaupun berulangkali perkara yang sama dinyatakan anak masih tidak menuruti suruhan. Silapnya di mana? Apakah strategi tertentu yang boleh digunapakai?
 
Beri mereka pilihan. Kuasa untuk memilih. Ungkapan yang sering kita dengar --> HIDUP INI ADALAH PILIHAN. Keputusan bergantung pada individu misalnya:
 
"Bersedekah RM1 atau RM20?"
"Nak makan sekarang atau biar dulu?"

Dah cuba
Dalam pendidikan anak-anak juga, kita digalakkan memberi pilihan kerana terdapat banyak kebaikan yang membantu dalam usaha mendisiplinkan anak-anak. Usaha ini memang akan nampak hasilnya dalam tempoh yang singkat. Antara pilihan yang diberikan kepada anak-anak ana di rumah:
 
"Ateh nak basuh baju pakai tangan atau guna mesin basuh?"
"Angah setiap hari, nak buat sepuluh soalan atau seratus soalan?"
"Achik nak tidur sekarang atau lagi 5 minit?"
"Along kalau tak minat badminton tak apa, cuma apa latihan fizikal lain yang boleh disertai? Pilih satu"
 
Strategi ini berkesan, mengapa?
Ini kerana tiada perebutan kuasa. Anak-anak memilih, mereka tidak dipaksa melakukan sesuatu. Bila pilihan di tangan mereka, mereka akan bekerjasama. Tanggungjawab ibubapa membuat keputusan masih dapat dikekalkan seperti dikehendaki. Situasi menang-menang dibentuk di mana keperluan kedua-dua pihak dipenuhi.

Yang paling penting, anak-anak BELAJAR semasa pilihan dibuat mengenai:
  • Apa keupayaan mereka,
  • Apa pilihan yang terbaik dan
  • Apa kesukaan mereka.

Selamat mendidik! :)

Rujukan: http://ahaparenting.com/

---------{@
Ana Solehah
15 Julai 2011

Thursday, 14 July 2011

Tak suka

"Kenapa ibu susah-susah, ibu bukannya ibu betulpun,. Ibu tiri je!" anak berusia 9 tahun menunjukkan protes bila kemahuannya tidak dipenuhi. Berdesing,  cukup mengguris hati kata-kata itu.

Melayang penyangkut baju ke lantai. Nyaris kena pada si anak. Memang tidak berniat untuk tepat pada sasaran sekadar melepas geram di hati dan amaran kata-kata itu tidak digemari.

Sakitnya, pedihnya ...biarpun hakikat ana memang ibu tiri. Biar pahit harus ditelan. Pelikkan? kenapa pula pahit? Terbawa-bawa dengan tanggapan skeptikal masyarakat ibu tiri seorang yang garang, jahat, suka mendera anak tirinya.

"Ya Allah berikan aku kesabaran dan permudahkanlah usahaku mendidik anak-anak ini" sesungguhnya ana berusaha tidak ingin jadi ibu seperti itu. Janji ini tersemat dari awal lagi, sejak bergelar ibu kepada empat amanah Ilahi.

"Jangan sekali-kali disebut perkataan itu, ibu tak suka"

"Tak suka, faham?" ulang ana lagi dengan nada lebih tegas.

Anak-anak saling berbisikan.
Yang tua berusaha menerangkan pada adiknya tadi.


---------{@
Ana Solehah
15 Julai 2011

Naluri Ibu Tiri

Adakah ibu itu sekadar melahirkan
Ada anak kandung dibiarkan
Di tepi longkang, dibuang
Di dalam tong sampah
Malah ada juga ditinggalkan
Kerana kepayahan hidup

Persoalannya
Berapa ramai antara kita
Baik lelaki atau wanita
Sanggup menghulur tangan
Menjaga, membelai dan membesarkan
Selain anak sendiri

Pasti jawapnya
Ramai yang tidak sanggup
Juga tidak mahu
Bukan kecil tanggungjawab
Bakal digalas
Usaha perlu dilaksana
Pengorbanan dibuat
Rasa dicuit

Jadi tidakkah
Naluri keibuan mereka harus dihormati
Kesanggupan mereka harus ditatang
Murninya usaha dirai
Kasih mereka dihargai
Semangat perlu diberi

Bukan dihujani
Dengan pertanyaan pelik
Garang tak dia?
Dia selalu pukul?

Islam sendiri membenarkan anak dipukul
Untuk tujuan mendidik
Asal tidak melebihi batas
Ibu kandung juga memukul anak
Malah mereka turut mendera

Ibu tetap ibu
Sama ada mereka kandung atau tiri
Pasti anaknya dikasihi
Semuanya terletak pada iman
Mewajari amanah Ilahi
Bukannya status seorang ibu


---------{@
Ana Solehah
14 Julai 2011