"Kenapa ibu susah-susah, ibu bukannya ibu betulpun,. Ibu tiri je!" anak berusia 9 tahun menunjukkan protes bila kemahuannya tidak dipenuhi. Berdesing, cukup mengguris hati kata-kata itu.
Melayang penyangkut baju ke lantai. Nyaris kena pada si anak. Memang tidak berniat untuk tepat pada sasaran sekadar melepas geram di hati dan amaran kata-kata itu tidak digemari.
Sakitnya, pedihnya ...biarpun hakikat ana memang ibu tiri. Biar pahit harus ditelan. Pelikkan? kenapa pula pahit? Terbawa-bawa dengan tanggapan skeptikal masyarakat ibu tiri seorang yang garang, jahat, suka mendera anak tirinya.
"Ya Allah berikan aku kesabaran dan permudahkanlah usahaku mendidik anak-anak ini" sesungguhnya ana berusaha tidak ingin jadi ibu seperti itu. Janji ini tersemat dari awal lagi, sejak bergelar ibu kepada empat amanah Ilahi.
"Jangan sekali-kali disebut perkataan itu, ibu tak suka"
"Tak suka, faham?" ulang ana lagi dengan nada lebih tegas.
Anak-anak saling berbisikan.
Yang tua berusaha menerangkan pada adiknya tadi.
---------{@
Ana Solehah
15 Julai 2011
No comments:
Post a Comment