Menjelang hari ibu pelbagai perancangan dan ramai yang menyambutnya dengan majlis khas, ada juga sekadar memberikan ucapan dan hadiah buat ibu tersayang. Tidak ketinggalan anaksoleh genit yang berusia 9 tahun. Anaksoleh Ika beberapa hari ini agak teruja nak berikan hadiah kepada ibu-abah tapi malu-malu. Ini merupakan pengalaman pertama menyediakan hadiah - siap dibalut dengan kertas bunga dan ucapan. Usaha ini bagusnya dimulakan oleh guru di sekolah, malahan air diberikan oleh guru.
Ika nak bagi hadiah untuk ibu abah
Nah, Ika sayang ibu. Ika sayang abah sambil menghulurkan hadiahnya.
Nah, Ika sayang ibu. Ika sayang abah sambil menghulurkan hadiahnya.
Hadiah buat Ibu. |
Untuk apa? Tanya abah
"Dalam tu ada air kotak" Ika belum faham soalan.
Jangan beritahu dulu,
Cikgu yang suruh bagi.
Sempena apa?
Haari...ha-ri Hari Ibu Bapa
Ini hadiah untuk Abah. |
Ucapannya ....
Ucapan yang dilekatkan bersama pembalut hadiah. |
Terima kasih Ika, ibu suka hadiah Ika. Ibu pun sayang Ika. Abah pun sayang Ika juga. Semua pun sayang. Love you too deary! Terpancar kegembiraan di muka anak soleh Ika. Suka sangat dia.
Sibuk membuka kertas ucapan yang dilekat kemas. |
Moral cerita - Sifat memberi elok dipupuk dan dibajai sejak anaksoleh kecil. Baik untuk pembentukan akhlak mulia dan menyuburkan kasih sayang sesama keluarga dan sahabat.
Cerita lain:
KEK UNTUK KAKAK
BUDAYA MENYIMPAN/MENABUNG
DAM ULAR: BELAJAR TERIMA KEKALAHAN
KEK UNTUK KAKAK
BUDAYA MENYIMPAN/MENABUNG
DAM ULAR: BELAJAR TERIMA KEKALAHAN
Hi akak....wahhh segannya akak baca blog saya...hihi..tq singgah blog saya...:)
ReplyDeletep/s: kebetulan pergi Jusco, tu tau ada body shop punya sale...kalau tak melepas juga...:)