Situasi apabila anak mengharapkan ibu bapa MENGESAHKAN JAWAPAN bagi aktiviti sekolah dan kerja rumah.
Agak membimbangkan kerana ini menunjukkan anaksoleh mempunyai
keyakinan diri yang rendah. Jika berterusan mereka juga tidak mampu membuat keputusan dengan baik tanpa bantuan. Solusi harus dicari segera!
Baru-baru ini, semasa mengajar anaksoleh (tahun 3) Matematik - operasi tambah. Setiap kali jawapan diperolehi anaksoleh akan teragak-agak dengan jawapannya dan meminta PENGESAHAN JAWAPAN yang berbunyi
"Betul tak ibu?"
Syukur, Allah beri buah fikiran untuk bereksperimentasi.
"Pastikan kira sekurang-kurangnya 3 kali, dapat jawapan sama baru bagitau ibu"
TUJUAN - penyemakan secara tidak langsung agar anaksoleh pasti dengan jawapan yang betul setelah mereka memperolehi jawapan yang sama beberapa kali.
HASIL POSITIF - setelah pengiraan dibuat berulang kali jika jawapan yang tidak sama diperolehi menyebabkan anaksoleh mengulangi pengiraan. Jika sama ini menimbulkan keyakinan anaksoleh bahawa mereka telah memperolehi jawapan yang betul dan ini secara tak langsung MENGESAHKAN SENDIRI JAWAPAN mereka.
"Ibu sudah dapat. Jawapannya adalah xxxx" anaksoleh memberitahu.
"Betulkah jawapan itu? Mana tahu betul?" sengaja menguji anaksoleh.
"BETUUUL. Saya sudah kira 3 kali, jawapannya sama"
Dua-dua pun tersenyum puas eksperimetasi berjaya.
mrsmohd
24.06.13
No comments:
Post a Comment