Tuesday, 29 April 2014

PENGORBANAN PEMADAM DAN PENSIL

Perbualan antara pemadam dan pensil:

..........

الممحاة: كيف حالكَ يا صديقي
Apa khabar kwn?
...
القلم: لستُ صديقكِ!

Aku bukan kawanmu.
الممحاة: لماذا

Kenapa?
القلم: لأنني أكرهكِ.

Kerana aku benci kamu.

الممحاة: ولمَ تكرهني

Kenapa engkau membenci aku?
قال القلم: لأنكِ تمحين ما أكتب.

Kerana engkau suka padam apa yg aku tulis
الممحاة: أنا لا أمحو إلا الأخطاء .

Aku tak padam melainkan yg salah!
القلم: وما شأنكِ أنتِ!

Kenapa engkau sibuk?
الممحاة: أنا ممحاة، وهذا عملي .

Aku pemadam, ini kerjaku.
القلم: هذا ليس عملاً!

Ini bukannya kerja!
الممحاة: عملي نافع، مثل عملكَ .

Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.
القلم: أنتِ مخطئة ومغرورة .

Engkau salah dan sombong!

الممحاة: لماذا

Kenapa?
القلم: لأنّ مَنْ يكتبُ أفضلُ ممّنْ يمحو

Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.
قالت الممحاة: إزالةُ الخطأ تعادلُ كتابةَ الصواب .

Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yg benar.
أطرق القلم لحظة، ثم رفع رأسه، وقال: صدقْتِ يا عزيزتي!

Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!

الممحاة: أما زلتَ تكرهني

Engkau masih bencikan aku?
القلم: لن أكره مَنْ يمحو أخطائي

Aku tak akan benci orang yg memadamkan kesalahanku.
الممحاة: وأنا لن أمحوَ ما كان صواباً .

Dan aku juga tak akan memadamkan sesuatu yg betul
قال القلم: ولكنني أراكِ تصغرين يوماً بعد يوم!

Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!

الممحاة: لأنني أضحّي بشيءٍ من جسمي كلّما محوْتُ خطأ .

Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.
قال القلم محزوناً: وأنا أحسُّ أنني أقصرُ مما كنت!

Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.

قالت الممحاة تواسيه: لا نستطيع إفادةَ الآخرين، إلا إذا قدّمنا تضحية من أجلهم.

Pemadam memujuk:

Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban utk mereka.
قال القلم مسروراً: ما أعظمكِ يا صديقتي، وما أجمل كلامك!

Pensil berkata dgn gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata2mu.

فرحتِ الممحاة، وفرح القلم، وعاشا صديقين حميمين، لا يفترقانِ ولا يختلفان

Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sbg sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.

أحبتـــي

Sahabat2ku sayang
لم لا نقول شكرا لمن يمحو لنا اخطائنا ، ويرشدنا إلي طريق الصواب ألا يستحق الشكر

Kenapa kita tidak berterima kasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jln kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terima kasih?

Monday, 28 April 2014

LEBIH BAHAGIA

Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan
berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.
Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.
Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt. SEBARKAN tulisan ini agar damai hati-hati yang membacanya..
Tazkirah..
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil.

Kredit: MAN

Wednesday, 23 April 2014

KESAN BURUK GAJET PADA KANAK-KANAK DAN REMAJA.

Akademi Pediatrik Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada menyatakan kanak-kanak dari umur 0-2 tahun tidak sepatutnya didedahkan pada teknologi, 3-5 tahun dibenarkan hanya sejam sehari, dan 6-18 tahun hanya dua jam sehari.

Bagaimanapun, kanak-kanak dan remaja dibenarkan menggunakan gajet oleh ibu bapa mereka pada jangkamasa 4-5 kali ganda dari yang disyorkan, dengan kesan yang serius dan mengancam nyawa.

Seorang pakar terapi pediatrik, Cris Zone menyarankan agar kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang sama sekali bagi menggunakan gajet. Beliau memberikan 10 sebab:-

1. Perkembangan otak

Di antara 0 – 2 tahun, saiz otak kanak-kanak membesar tiga kali ganda dan terus berkembang hingga berusia 21 tahun (Christakis 2011). Perkembangan awal otak ditentukan oleh rangsangan alam sekitar, atau kurang rangsangan alam sekitar. Rangsangan kepada otak yang berkembang yang disebabkan pendedahan keterlaluan kepada teknologi (telefon bimbit, Internet, iPad, televisyen) telah dibuktikan berkait rapat dengan kekurangan fungsi dan perhatian dalam melakukan sesuatu, kognitif lembap, pembelajaran terjejas, peningkatan kepada perlakuan mengikut emosi dan kurang kebolehan untuk mengawal selia diri, contohnya mengamuk (Small 2008, Pagini 2010).

2. Perkembangan fizikal terbantut

Menggunakan gajet mengurangkan pergerakan, yang boleh menyebabkan perkembangan terbantut. Seorang dari tiga kanak-kanak kini memasuki sekolah dalam keadaan perkembangan terbantut, memberikan impak negatif pada pencapaian akademik dan literasi (HELP EDI Maps 2013). Pergerakan fizikal meningkatkan perhatian dan kebolehan belajar (Ratey 2008). Penggunaan teknologi untuk kanak-kanak bawah 12 tahun cenderung untuk menyebabkan kerosakan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak (Rowan 2010).

3. Obesiti Epidemik

Permainan video dan televisyen berkait dengan peningkatan kadar obesiti (Tremblay 2005). Kanak-kanak yang dibenarkan menggunakan gajet dalam bilik tidur mempunyai 30 % lebih bukti yang mereka obes (Feng 2011). Seorang dari empat kanak-kanak Kanada dan seorang dari tiga kanak-kanak AS obes (Tremblay 2011). 30% dari kanak-kanak obes akan mendapat kencing manis, dan individu obes mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat serangan strok dan jantung di awal usia, memendekkan jangka hayat (Center for Disease Control and Prevention 2010). Disebabkan obesiti, kanak-kanak abad 21 mungkin menjadi generasi pertama yang akan mati dahulu sebelum ibu bapa mereka (Professor Andrew Prentice, BBC News 2002).

4. Kurang tidur

60% ibu bapa tidak mengawal selia penggunaan teknologi oleh anak-anak mereka, dan 75% anak dibenarkan penggunaan teknologi dalam bilik tidur (Kaiser Foundation 2010). 75% kanak-kanak dari usia 9-10 tahun tidak cukup tidur sehinggakan memberi impak negatif kepada pencapaian akademik (Boston College 2012).

5. Penyakit mental

Penggunaan teknologi secara keterlaluan diimpikasikan sebagai penyebab kepada peningkatan kes kemurungan di kalangan kanak-kanak, kebimbangan, gangguan ikatan kekeluargaan, autisme, gangguan bipolar, psikosis dan kelakuan kanak-kanak bermasalah (Bristol University 2010, Mentzoni 2011, Shin 2011, Liberatore 2011, Robinson 2008). Satu dari enam kanak-kanak di Kanada telah didiagnosis mengalami masalah mental, dan kebanyakannya mengambil ubat psikotropik (Waddell 2007).

6. Keagresifan

Kandungan media yang ganas boleh mengakibatkan keagresifan pada kanak-kanak (Anderson, 2007). Lebih ramai kanak-kanak didedahkan dengan insiden keganasan fizikal dan seksual dalam media masa kini. “Grand Theft Auto V” mendedahkan kanak-kanak kepada perlakuan seks, pembunuhan, rogol, penyeksaan dan pencacatan secara jelas, begitu juga kebanyakan filem dan rancangan televisyen. AS telah mengkategorikan keganasan dalam media sebagai risiko kesihatan orang ramai kerana impak kasual kepada keagresifan kanak-kanak (Huesmann 2007). Terdapat peningkatan laporan media tentang kanak-kanak yang dikurung atau diasingkan dalam bilik khas kerana keagresifan yang sukar dikawal.

7. Demensia Digital

Kandungan media yang terlalu pesat boleh menyumbang kepada defisit perhatian, serta kurang kepekaan dan memori kerana otak memangkas trek neuron kepada korteks hadapan (Christakis 2004, Small 2008). Kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatian tidak dapat belajar.

8. Ketagihan

Apabila ibu bapa lebih mendekatkan diri mereka kepada teknologi, mereka menjauhkan diri dari anak-anak. Apabila tidak wujud ikatan dengan ibu bapa, anak anak mengikat diri mereka kepada gajet, yang boleh mengakibatkan ketagihan (Rowan 2010). Satu dari 11 kanak-kanak berumur 8-18 tahun ketagih teknologi (Gentile 2009).

9. Pengeluaran radiasi
Pada Mei 2011, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan telefon bimbit (dan kebanyakan gajet tanpa wayar) sebagai risiko kategori 2B (agen kanser berkemungkinan) disebabkan oleh pengeluaran radiasi (WHO 2011). James McNamee dari Healh Canada pada Oktober 2011 mengeluarkan amaran menyatakan “kanak-kanak adalah lebih sensitif kepada pelbagai agen berbanding orang dewasa disebabkan otak dan sistem imuniti mereka sedang berkembang, jadi risikonya tidak sepatutnya sama antara orang dewasa dan kanak-kanak (Globe and Mail 2011). Pada Disember 2013, Dr. Anthony Miller dari Sekolah Kesihatan Orang Ramai Toronto mengesyorkan yang berdasarkan kajian terbaru, pendedahan frekuensi radio patut di klasifikasikan semula sebagai 2A (agen kanser yang berkemungkinan besar), bukan 2B (agen kanser yang berkemungkinan). Akademi Pediatrik Amerika memohon untuk penilaian semula tentang pengeluaran radiasi EMF dari alatan teknologi, sambil merujuk kepada tiga sebab yang berkaitan impak kepada kanak-kanak (AAP 2013).

10. Tidak dapat dikekalkan

Cara kanak-kanak dibesarkan dan diberi pembelajaran menggunakan teknologi adalah tidak boleh lagi dikekalkan (Rowan 2010). Kanak-kanak ialah masa depan kita, tetapi tidak ada masa depan untuk kanak-kanak yang menggunakan teknologi secara berlebihan. Satu pendekatan berpasukan perlu dan penting untuk mengurangkan penggunaan teknologi di kalangan kanak-kanak.

Laporan asal: Huffington Post & Diterjemah oleh Amazing Nara

Wednesday, 16 April 2014

TERAPI ASMAUL HUSNA

TREATMENT BY TASBIH
http://www.ezsoftech.com/islamic/iqlas5.asp

HEALING OF THE BODY THROUGH ASMAUL HUSNA

It has been discovered by Doctor Ibrahim Karim (Biologist) that Asma ul Husna, most beautiful names of Allah (SWT) have healing power to a large number of diseases.

He used precision methods in the measurement of energy within the human body and discovered that every one of the names of Allah (SWT) stimulates energy in the immune system of the human body to work efficiently in a certain ideal human body. He discovered that the mere mention (reciting) of most beautiful names of Allah (SWT) leads to improvement in the tracks Bio Energy within the human body, and after a 3-years of research Doctor Ibrahim Karim reached to the following:

Method of treatment: Lay your hands on the place of pain and praise Allah (SWT) names above according to your disease until the pain heals or cure away  Inshallah.

01. Ear – As Sami (The all Hearing)
02. Bone – Al Nafi (The creator of good)
03. Backbone - Al Jabbar (The Compeller)
04. Knee – Al Rauf (The Clement)
05. Hair – Al Badi (The Originator)
06. Heart – Al Nur (The Light)
07. Muscles – Al Qawi (The All Strength)
08. Heart Waves – Al Wahab (The giver of All)
09. Heart Muscle – Al Razaqq (The Sustainer)
10. Nerve – Al Mughni (The Enricher)
11. Artery – Al Jabbar (The Compeller)
12. Stomach – Al Razaqq (The Sustainer)
13. Cancer – Al Jalil (The Mighty)
14. Thyroid – Al Jabbar (The Compeller)
15. Thigh- Al Rafi (The Exalter)
16. Migraine – Al Ghani (The Rich One)
17. Eye Arteries – Al Mutaali (The Supreme One)
18. Kidney - Al Hayy (The Ever Living One)
19. Colon – Al Rauf (The Clement)
20. Intestine – Al Razzaq (The Sustainer)
21. Liver - Al Nafi (The creator of good)
22. Pancreas – Al Bari (The Make of Order)
23. Fatty Sacks – Al Nafi (The creator of good)
24. Womb - Al Khaliq (The Creator)
25. Bladder – Al Hadi (The Guide)
26 Rheumatism – Al Muhaymin (The Guardian)
27. Prostat – Al Rashid (The Righteous Teacher)
28. Nerves of the Eye – Al Zahir (The Manifest One)
29. Pineal Gland – Al Hadi (The Guide)
30. Blood Pressure – Al Khafed (The Abaser)
31. Lung – Al Razzaq (The Sustainer)
32. Thymus Gland – Al Qawi (The All Strength)
33. Gland above the Kidney – Al Bari (The Make of Order)
34. Hair Peel - Al Jalil (The Mighty)
35. The Nasal Cavities – (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem)
36. Eye – (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)

kredit: whatsapp sharing

Friday, 4 April 2014

KARI PUYUH

Seringkali puyuh di goreng. Sama ada digoreng kunyit atau berempah. Keenakannya memang tidak boleh disangkal lagi. 

Namun begitu, kelainan sekali sekala ada baiknya.  Rasanya berbeza, pengalaman baru bila menyediakan resepi baru. Tingg, jom cuba KARI PUYUH!

+ Bawang besar (1), bawang putih (3) dan halia (2 inci) ambil 1/4 diracik ditumis (3 sudu minyak Aliff) bersama rempah 3 serangkai hingga garing dan daun kari/karapole. 

+ Manakala 3/4 ditumbuk dan dicampurkan bersama rempah kari Mak Siti (1 paket kecil). Hingga naik minyak.

+ Masukkan puyuh dibelah 2 (4 ekor), biarkan 20 minit dan tutup periuk. Jika rempah kering masukkan santan Aliff (1 cawan) dan sambal ikan bakar Makpon atau serbuk lada Faiza (1 sudu). Juga kerisik Mutiara (1 sudu)

+ Masukkan air (3 cawan), ikut kepekatan yang disukai. Biarkan mendidih. Puyuh dah lembut masukkan bendi. Kentang pun boleh.

Hidangan untuk 8 orang yang baru nak cuba, 4 orang jika penggemar puyuh.

Kredit: Hasanah Muslim Shop, penaja kita :)

♡ Rashidah 5.4.14

Wednesday, 2 April 2014

WAQAF AN-NUUR

Berita dari MAN.

Terkini aktiviti pembinaan bangunan tambahan Ibnu Umar, Madrasah An-Nuur (MAN).

Kredit: Mudir MAN

BAHAGIA SEBENAR