Friday, 18 October 2013

HADIRKAN 4 PERKARA

Hari ini berkesempatan melakukan 'ziarah' muka buku ke laman rasmi Ustazah Norhafizah Musa. Tertarik dengan salah satu status beliau. Terima kasih atas peringatan kepada ibu-ibu. Beri peluang untuk semak diri. 

Setelah 4 tahun bersama anak-anak soleh, terasa berat tanggungjawab dan amanah yang terpikul di bahu sebagai ibu (lebih tepat ibu segera). Terlalu banyak kelemahan diri yang perlu diatasi dan ilmu yang perlu dipelajari. Namun, putus asa tidak sekali. Usaha perlu diteruskan. 

Dikongsikan status tersebut:
Salam. Sahabat fb semua khususnya para ibu. Kalau pandang anak2...berurusan dgn mereka..bergaul dgn mereka, cuba hadirkan 4 perkara:
  1. Pandanglah mereka sebagai hasil tangan kita...pandang mereka sebagai tanggunjawab kita
  2. Pandang mereka dengan belas ihsan krna adanya kecuaian kita pd mereka.
  3. Pandanglah mereka dgn kasih sayang kerana andai mereka merasai kekurangan kasih kita...mereka tak akan jumpa gantinya pd yang lain. ( selain Allah dan rasul).
  4. Pandanglah mereka sebagai aset kita dunia fan akhirat, supaya harapan kita terus segar dan tidak kecewa dgn segala usaha.
Pastikan kita ibu yg lebih baik dari semalam.
Mohonku - Ya Allah berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam berusaha, dan beri juga kesabaran dan kekuatan buat suami dan anak-anak soleh kami melayani kerenah isteri dan ibu mereka. Demi kerukunan kehidupan dunia dan akhirat kami. Ameen.

No comments:

Post a Comment