Tuesday, 12 March 2013
TELITILAH RAKANMU
***
Prof Muhaya kata: "Anak-anak yang selalu minta supaya belikan mainan ialah anak yang kurang perhatian dan kasih sayang daripada ibubapa".... (Celik Mata Reset Minda : Berlapang dada 13/03/2013 ikimFM)
~terkedu...Allah ya Allah...
Refleksi diri:
1. Jadi pemerhati diri sendiri terlebih dahulu.
2. Berhenti mencari perhatian manusia, ubah kepada mencari perhatian Allah semata-mata.
3. Berhenti mencari berita/informasi, ubah kepada mencari inspirasi.
4. Jadi org yang mempengaruhi daripada dipengaruhi.
5. Ubah tanggapan sesuatu telah berlaku dalam kehidupan kita kepada melakukan sesuatu dalam kehidupan.
[sumber: Noraini Ibrahim]
***
Nabi Muhammad sallallahu'alaihi wasallam pernah mengingatkan berkenaan kesan dan pengaruh seseorang rakan atau tempat sekitarnya yang boleh berpindah kepada orang berdekatan. Justeru, telitilah siapa rakanmu, organisasimu, NGOmu, partimu, rakan sekerjamu, rakan universiti dan sekolahmu, syarikat tempatmu bekerja dan lainnya juga. Sabda Nabi :
الرجل على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل
Ertinya : "Agama seseorang itu adalah mengikut rakannya, maka telitilah seseorang yang ingin dijadikan rakan baiknya" ( Riwayat Abu Daud)
Demikian juga sabdaan Nabi :
إنما مثل الجليس الصالح وجليس السوء، كحامل المسك ونافخ الكير، فحامل المسك إما أن يُحذيك، وإما أن تبتاع منه، وإما أن تجد منه ريحاً طيبة، ونافخُ الكير إما أن يحرق ثيابك، وإما أن تجد منه ريحاً منتنة
Ertinya : "Perumpaan orang yang baik dan orang yang jahat itu adalah seperti penjual wangian dan tukang bakaran besi, Maka penjual wangian (kamu akan dapati kebaikan baunya) sama ada melalui pemberiannya, atau kamu beli darinya atau atau tempiasan baunya, adapun pembakar besi, sama ada ia akan membakar bajumu atau mendapat baunya yang busuk.." ( Riwayat Al-Bukhari)
[sumber: Ustaz Zaharuddin.net]
Labels:
Akhlak,
Didik Diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment