Thursday, 19 February 2015

Kasih Ibu #11

Anaksoleh,
Biar kita jauh. 
Namun kalian sentiasa diingati. 
Moga kalian kuat dan tabah.

Anaksoleh,
Kejayaan di dunia tidak diukur dengan kaya harta. 
Sebaliknya kaya iman.


Wednesday, 4 February 2015

Bertabahlah hati.

Bertabahlah hati
Kuatlah diri
Kamu diuji 

Kerana dirimu disayangiNya
Kamu dipilih 

Kerana dirimu mampu menghadapinya.
Ya Allah besar sungguh ujianmu

Namun,
Engkau Maha Besar
Engkau Maha Mengetahui
Kami  berserah
Kami berusaha untuk segera redha.

Feb 15, 04
Che Dah  

Pesanan buat Angah

Assalamualaikum Angah,

Dunia ini sungguh kejam. Sukar untuk kita bezakan kawan dan lawan.

Angah sudah besar. Angah sudah boleh berdikari. Jika itu pilihan Angah teruskanlah. Angah pasti tahu yang terbaik untuk diri.

Sekadar ingatan di mana pun jua Angah berada
1. Ingatlah Allah.
2. Jaga solat
3. Mengaji Quran hari-hari.

Sebaik-baik pelindung adalah Allah.
Sebaik-baik pencegah maksiat dan dosa adalah solat.
Sebaik-baik petunjuk adalah Al-Quran

Moga Angah selamat di mana jua berada.