Monday, 22 August 2011

Ujian penuh hikmah


Setelah 5 tahun bersama
Lebihan eletrik
Berlaku gangguan eletrik di fakulti Khamis lepas. Bila gangguan pulih, masalah lain pula muncul. Adapter komputer (notebook) terbakar dan meletup tiba-tiba. Rupanya, sebaik sahaja dipulihkan gangguan elektrik akan berlaku lebihan eletrik. Jadi siapa yang menggunakan soket akan terima akibatnya. Terpaksa ke sini ke sana mencari pengganti. Agak sedih bila jadi begitu, kebanyakan maklumat di dalamnya. Terganggu seketika kerja di pejabat.

Langit tak selalu gelap
Hari ini telah dijumpai hikmahnya. Bila adapter rosak, pakai komputer alternatif. Komputer altenatif, bluetooth ok. Salin gambar ke komputer atau komputer ke hp menjadi mudah. Tak perlu pakai kamera dan jimat duit bateri. Insya Allah lepas ini tiada masalah lagi. Dah boleh tangkap gambar barang-barang kedai dengan mudah guna telefon bimbit sahaja. Bila tangkap gambar hati gembira.

Kemudian dapat pergi jamu mata semasa mencari adapter, setelah sekian lama lebih 4 bulan tidak ke pusat membeli belah. Biar kejap asal dapat. Terapi semulajadi. Terima kasih Allah.

Untuk ibu dan anak-anak ibu;
Berbaik sangka dengan Allah selalu. Redha dengan ketentuannya. Elakkan mengeluh atau merungut dengan ujian yang menimpa. Lumrah manusia insan lemah cepat melatah, cuma cuba cepat-cepat pulihkan kelemahan diri semoga kita juga cepat senang hati.

---{@na
22 Ogos 2011

Sunday, 21 August 2011

Tak puasa

Membimbangkan
Menurut Ustaz Asri JAIJ, sejak 20 hari berpuasa seramai 90 orang Islam ditangkap tidak berpuasa di sekitar Johor. Malah dijumpai seorang gadis lengkap bertudung menikmati bihun sup dan air bandung bersama seorang rakannya di sebuah gerai. Agak membimbangkan jika kes seperti ini berterusan. Tiada lagi segan dan rasa malu apatah lagi menghormati tuntutan syariat.

Beri hidayah
Ingat anak-anak ibu,
Walaupun kita mempunyai alasan kukuh atau berhadas besar sekalipun namun kebesaran Ramadhan perlu dihormati. Orang yang berpuasa juga mesti disantuni. Tidak digalakkan makan di hadapan orang berpuasa. Minta doa semoga mereka yang tersilap langkah ini diberi hidayah dan ilmu untuk tidak berterusan berbuat demikian. Kita perlu berbaik sangka dengan mereka.

---{@
Ibu
21 Ogos 2011

Lailatul Qadar untuk umat Nabi Muhammad

Pendakwah: Ustaz Asri, Unit Halal JAIJ
Majlis ilmu: Surau Nurussalam, Taman Pulai Indah

Hari ini hari ke-21 umat Islam berpuasa. Tazkirah berkisar pada topik puasa dan Lailatul Qadar.

Kenapa Lailatul Qadar diberikan pada umat Nabi Muhammad saw?
Jangka hayat umat Nabi saw adalah hanya 60-70 tahun. Sukar untung menandingi umat Nabi lain yang hidup beribu tahun. Jadi dengan kelebihan malam Lailatul Qadar yang mulia setiap ibadah umpama 83 tahun diusahakan, pahalanya digandakan. Oleh itu, walau usia tidak menjangkau beribu tahun namun kita mampu beribadah setimpal dengan umat terdahulu.

Pesan penutup ustaz, pasanglah pukat dan tangguklah sebanyak mungkin ibadah yang mungkin. Semoga kita bertemu Lailatul Qadar  yang lebih baik dari seribu bulan.

---{@na
21 Ramadhan 1432

Tangkap

Lama dah ana tak buat operasi tangkap menangkap.

Nak tau tangkap apa? Tangkap gambar. Orang selain Kedah dan Kelantan cakap ambil gambar.

Gambar apa? Bunga

Sekarang musim bunga. Pokok-pokok di halaman rumah berbunga. Masya Allah cantik sungguh, pelbagai warna. Begitu besar kuasa-Mu ya Allah bagi hamba yang memerhati.


Cantik tak? Pertama kali pokok ini berbunga.

Apa perasaan anda? Gembira dan ceria.
Orang cakap pokok juga berzikir. Ana percaya, keindahan ciptaanNya bila dilihat juga memberi ketenangan.

Terima kasih pada Mr M yang menjaga pokok-pokok ini dengan baik.
Sayang Abang!


 ---{@na
18 Ogos 2011


Positiflah!

Elakkan sesuatu peristiwa mempengaruhi kehidupan kita. Oleh itu kematian mama adalah penguat bukan sebagai pemusnah masa depan kalian.Kalian adalah insan terpilih, diduga di usia muda. Ujian tanda kasih Allah kepada kita untuk menjadikan kita kuat, matang dan lebih baik. Jika ditangani dengan positif dugaan akan bertukar menjadi NIKMAT.

Hari ini di IKIM.fm tazkirah dari Prof Mukaya. Prof berkongsi bahawa 

Peristiwa + respond (tindak balas) = hasil

Jika peristiwa negatif, tindakbalas positif hasilnya positif
Jika peristiwa negatif, tindakbalas negatif hasilnya negatif
Jika peristiwa positif, tindakbalas negatif hasilya pun negatif
Jika peristiwa positif, tindakbalas positif hasilya positif

Ramai yang menjadikan peristiwa sedih sebagai alasan namun ada juga yang menjadikanya pemangkin untuk terus berjaya. Misalnya, Prof Mukaya menjadi cemerlang semasa berlaku penceraian ibu bapanya. Ibu, mendapat CPA terbaik sepanjang pengajian semasa Allahyarham Tok Kadir diserang strok.

Dalam kehidupan, kita pasti akan diuji. Kesimpulannya, hasil adalah bergantung kepada tindakbalas atau tindakan yang kita ambil. BE POSITIVE dalam apa jua tindakan dan usaha kita. Insya Allah segalanya jadi mudah dan indah.

Friday, 12 August 2011

Beri semangat

Anak-anak ibu,

"Kerjalah kamu untuk duniamu, seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun.
Dan kerjalah kamu untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok hari"

Kata-kata hukama ini dapat meningkatkan semangat untuk kita berusaha dalam kehidupan ini, sebelum dan selepas mati.

Orang yang baik adalah mereka yang sentiasa mengingati mati. Maknanya kita sudah tidak punya masa, gunakan peluang kurniaan Ilahi sebaik mungkin untuk melakukan yang terbaik kerana matlamat hidup kita adalah syurgaNya.

BUDU

Sketsa Ramadhan

Suatu hari satu keluarga sama-sama menyediakan hidangan berbuka.
Ibu terfikir hendak bermesra dengan menguji JAWI mudah anak-anaknya.

"Tolong ambilkan BA WAU DAL WAU" ibunya
"Apa tu, SUDU ke ibu?" adiknya
"Bukanlah SENDUK!" abangnya

Suasana petang itu menjadi ceria.
Namun, ujian dan latihan JAWI perlu diteruskan :)

Thursday, 11 August 2011

Security links

As a lecturer, we have seven main tasks.
Not only teaching ok! :)
One of them is research.

Find problem,
Do experiment,
Write and publish
That's research all about.

I need some mechanism to help me.
I hope my blog can take part.
By listing the related conference and journal

More organised and alert, hope so.
Let share with others
Who has the same research interest :)


Here are the links that related to Information Security research:

Coming conference:

7th International Conference on Information Assurance and Security
Deadline for Paper Submission: July 1, 2011 August 31, 2011

Journal:

IASRG Book Chapter

Wednesday, 10 August 2011

Doa Muslim

Ingat-ingat 1

Anakku,

Ini adalah doa yang sebaik-baiknya bagi seorang muslim.
Rabbana aatina fiddunya hasanah, wafil aakhirotihasanah waqina 'azabannar
Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari siksa neraka”
(Al-Baqarah : 201)

**Sering dibaca di dalam setiap doa, diamalkan sebelum selawat di penghujung doa.